Monday, June 20, 2016

Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia

Tak de dalam perancangan pun nak pergi Bukittinggi
Asalnya nak pergi Bandung, tapi tiket habis la pulak...

So beli flight ticket ke Bukittinggi, persiapan last minute tapi sempat juga book tour guide.
Nak cerita serba ringkas buat panduan korang yang nak pergi bukittinggi ni

Naik AirAsia, mendarat di Airport Minangkabau, dalam 1 hour flight je
Sesampainya di Padang dah ada tour guide menunggu

Perjalanan ke Bukittinggi 2 jam lebih juga, tapi tak terasa sebab tempat baru, suasana baru asik pandang2 diluar je

Sepanjang jalan
- ada banyak juga kedai2 perabot kayu yang nampaknya cantik2  (tapi kalau ikut MIL saya di Jepara lagi best sebab memang tempat buatannya.
-ada juga beberapa hasil kerja dari rotan

Tempat makan pertama tak jauh dari airport, Rumah Makan Lamun Ombak, semua orang Malaysia yang melancong ke sini akan dibawa kesini.

Sesampai Bukittinggi sebelum check in hotel dibawa ke toko2 sulaman. Bukittinggi terkenal dengan produk2 sulaman yang halus buatannya.

TIPS
Toko2 ini harganya lebih mahal, jika tak mahu melihat awal2 pesan dengan tour guide tak mahu singgah toko, minta tour guide bawa ke perusahaan/kilang kecil.
Saya masih singgah di toko kerana ini pertama kali ke Bukittinggi dan mahu melihat2.

Kami tinggal di Novotel, sebab bawa ibu bapa berjalan sama, kami pilih hotel yang okay sikit, tempah di agoda dan kebetulan kami tak pergi time cuti, rate murah sikit.

Lagi satu yang bagus dengarnya Hotel Grand Rocky.

Esoknya kami dibawa ke kelok 44, turun ke tasik maninjau, yang merupakan tinggalan kawah gunung berapiu, dilanjutkan sehingga ke rumah Pak Hamka. Rumah ini dibina semula, katanya hasil sumbangan wang ABIM, tak pasti kebenarannya, mereka juga jual buku untuk sustain tempat itu katanya.

Bukunya saya rasa overprice betul, tapi sebetulnya saya tak pasti mungkin buku itu memang mahal. Buku yang dibeli tasawuf dan falsafah hidup dengan harga RM100, saya niatkan menyumbang kepada ekonomi mereka di sana.

Sepanjang perjalanan menuruni kelok 44, ada tempat minum kopi, yang juga menjual barangan dari kulit, agak kemas buatannya.

TIPS:
Kalau anda berhenti dimana2, boleh dilihat ada peniaga2 kecil yang menunggu anda, sebelum menghampar alas dan melektakkan barang jualan, semuanya dengan pantas dalam masa lebih kurang 1 minit sahaja, bagaimanapun berhati2 kena check betyl2 barangannya kerana kebarangkalian barang reject.

Petang kami ke Pandai Siket, di situ ada satu kedai nama SATU KARYA kalau tak silap, umi dan abah borong kain batik dan kain pelekat di situ kerana katanya murah dan berkualiti. Saya beli beberapa helai tudung bawal sulam.

Selepas itu , kami ke Lindung bulan, Lindung Bulan ni memang on the way antara Novotel dan Pandai Sikek. Telekung buatannya kemas, dan mereka namakan siti khadijah. Kata Anton, pekerja di Lindung Bulan, mera baru menyiapkan order 1000 pasang telekung Siti Kahdijah untuk dihantar ke Malaysia, betul ke tidak entahlah sebab saya tak mernah memiliki Telekung Siti Khatijah, Harga taklah murah sangat tapi kualiti okay, so okaylah!

Esokknya kami ke Lubang Japang, melihat binaan tentera jepun, bagus otaknya. Kenapa ada takuk2 di dindingnya, kejamnya tempat menghukum dan sebagainya. Kami ke Kiniko perusahaan kopi, di situ aku beli kopi sebab aku memang suka kopi.

Kami juga dibawa ke kilang kerepek dan ada satu lokasi produk2 berasaskan labu.

Kami tak sempat berjalan di Pasar atas mahupun Pasar Aur Kuning. Mengikut tour guide tu Pasar Aur Kuning khas untuk borong sahaja.

Bukittinggi tak ada apa sangat untuk diulang melancong lagi
Cuma sulaman dan telekung memang cantik2

Kalau next time pergi rasanya memang untuk beli sulaman dan telekung shj.

TIPS
Bila berjalan macam ni ambil pakej yang disertakan dengan makanan juga okay, makanan yang dijamu memang sedap2 dan rasanya berbaloi, mengikut tour guide tersebut jika kami bayar sendiri harganya lebih mahal (standard rate pelancong)

No comments:

Post a Comment

Support Qissara by Leaving Good Comments