Monday, February 22, 2016

Kisah Mercedes 2nd Hand Kami

Alkisah bermula 3 tahun lepas, setelah vios yang berusia hampir 7 tahun mula mengeluarkan bunyi2 yang tidak enak.

Survey2 kereta baru. Lelaki mana yang tak pernah teringin memakai Merc or BMW. Nampak banyak je atas jalan. Bila kami survey, harganya affordable.

Beli tahun 2013 kalau x silap. Keluaran 2006. Merc E200. Harga RM125,000. Masa beli dah anggarkan mesti ada duit extra sikit repair sana sini. Repair aircond, brake adalah dlm 10k. Dengan loan etc kira total RM150,000 lebih kurang.

Merasa pakai kereta tu dalam 3 tahun juga. Tak banyak problem. Maintenance pun murah. Lebih kurang macam maintain vios dulu. Servis dekat bengkel luar.

Tahun terakhir guna, start ada bunyi2 yang tak best, sensor tak betul, last skali hari tu mengharung air, lepas tu start bau minyak dalam kereta. Bila check nampaknya enjin dah nak kena overhaul. Bukan sbb masuk air sgt tapi mmg dah sampai time katanya (2006 hingga 2016)

Experience kami.... pakai Merc memang best. Sedap pemandu dan penumpang.

Rugi ke? Dalam masa 3 tahun, jual lebih kurang 50k ( Total usage RM100,000). Hmm... memang rugi juga la. Tapi pengalaman, kalau tak cuba kami tak tau.

Rugi dari segi duit.
Gain dari segi experience.

Menulis ini khas untuk korang2 yang wonder mahal sgt ke nak pakai Merc, berbaloi atau tak 😊

Kami dah jual kereta kami. Economy tak berapa bagus nak maintain dengan overhaul etc dan tak tahu apa lagi bakal mendatang.. huuu. Cukupla 3 tahun je..

Next car?? Still surveying

P/s: Sila survey baju2 preggy and breastfeed di qissara.com sementara kami survey kereta.

No comments:

Post a Comment

Support Qissara by Leaving Good Comments