Saturday, July 30, 2016

Sale Lepas Raya

Hari tu raya macam tak menang tangan, tapi lepas raya susahnya nak close sale :(

Bertabahlah wahai rakan2 biz dan jangan putus asa. Adat berniaga ada pasang surutnya.

Cer tengok graft ni. Memang lepas raya sale normally akan kurang. Logik kerana customer dah banyak beli masa sebelum raya dan customer banyak pakai duit masa bulan raya untuk jamuan, jalan2 dan sebagainya.

Jadi nak buat apa?

Masa ni kita mantapkan kepercayaan pelanggan kepada kita dengan:

1. Hubungi pelanggan dan dapatkan feedback/ testimoni.

2. Tawarkan sedikit offer (berupa diskaun etc) kepada pelanggan yang menghantar testimoni

3. Update FB sekurang2nya 3x sehari for newbie : Jam 9 am, Jam 11am, Jam 8.30pm

4. Kreatif bila update status FB masukkan elemen2 personal (update aktiviti etc) tapi short and sweet kemudian masukkan item2 promo.

Yang penting

KONSISTEN
DO NOT GIVE UP
DOA AND TAWAKKAL

P/s: Graft jualan kat atas tu dijana automatik oleh website qissara.com (kiri kanan sebenarnya ada label berapa barang terjual dan berapa jumlah RM jualan) mudah kan nak pantau jualan?
Jika anda nak cuba website ni cuba dengan FREE TRIAL 30 HARI di qissara.com/OpenShopqissara.com/OpenShop

Saturday, July 9, 2016

Intro Kepada Ibu2 Malaysia ~ Qissara THE BEST

Qissara menggunakan fabrik milk silk. Tak pernah dengar? Milk silk fabric tercipta sejak tahun 1930an.

Penghasilan fabric secara 'continuous graft coplymerization' tanpa formaldehyde. Digelarkan salah satu 'green product' kerana penghasilannya tidak mencemarkan alam sekitar.

Menurut euroflax.com, milk silk fiber paling tahan lasak berbanding natural dan synthetic fiber lain di pasaran. Qissara menggunakan milk silk kerana kebolehannya untuk SSTTTREEEEEETTCHHH sangat.. tanpa koyak atau tertetas.

Kelebihan lain milk silk menurut euroflax.com
☆ pH 6.8 yang sama dengan pH kulit.
(Kerana itu fabric ini rasa sangat selesa di kulit, tak terasa merengsakan atau macam sesetengah fabric rasa panas bila bergesel dengan kulit)
☆ mengandungi 17 asid amino dan fungsi antibakteria sehingga 80%.

Milk silk fabric akan jatuh nicely tapi tidak meluyut di badan.

Milk silk qissara ada dua jenis iaitu smooth milk silk (finishing licin) dan velvet milk silk (finishing seperti baldu halus). Dua sangat selesa dan sedap dipakai.

Koleksi brand Qissara boleh didapati semuanya di qissara.com.. <<<KLIK SINI UNTUK KE QISSARA

TOPS
Qissara Chinta - nursing only
Qissara Aurora/Bella - nursing and maternity
Inner menyusu - sleevelesa and long sleeve

SET (TOP AND BOTTOM)
Qissara Zara - baju kurung nursing and maternity till 6 month
Qissara Filzah - jubah seluar. Nursing friendly.

LONG ATTIRE
Jubah Santai - jubah milk silk velvet. Boleh digunakan sebagai baju tidur juga kerana teramat selesa.

BOTTOM
Qissara Palazzo - maternity friendly dengan pinggang boleh adjust.

Item2 lain di qissara.com
*still updating this entry*

Thursday, June 30, 2016

MENYELAMATKAN PERKAHWINAN DENGAN MERUBAH DIRI

Kesimpulan: Berdoalah.. berdoalah.. berdoalah... Allah akan tunjuk jalan walau macam mana pun jalannya.

Malam2 terakhir ramadahan. Grab peluang untuk berdoa.

--------------------------------------------

Kisah ini agak panjang tetapi berbaloi bagi siapa yang ada masa....

MENYELAMATKAN PERKAHWINAN DENGAN MERUBAH DIRI

Satu hari saya bersembang sama2 dengan anak perempuan saya. Dia beritahu saya, "Abah nak tahu tak, masa kecil2 dulu, satu perkara yang paling saya takut sekali, ialah bila abah dangan emak sering bergaduh dan hampir2 nak bercerai. Tapi saya syukur sangat ia tak terjadi sampai hari ini". Saya hanya tersenyum saje.. teringat kisah lama.

Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka nanti.

Dahulu abah berkahwin dengan emak engkau atas dasar suka sama suka, tetapi abah sendiri tak berapa pasti apa yang abah suka pada emak engkau, tapi apa yang abah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami. Kadang2 nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi gaduh. Makin lama, perbezaan semakin ketara. Salah sikit, emak engkau merajuk berhari-hari. Salah sikit, abah sendiri naik angin, kadang2 sampai baling barang kesana kemari. Abah tahu, anak2 semua jadi takut pada abah, tapi abah rasa emak engkau selalu buat perkara yang abah tak suka. Pergaduhan kami jadi semakin kerap, ia berlarutan bertahun-tahun. Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak melenting, tidur pun kadang2 asing2. Kami rasa perkahwinan ini sudah semakin mustahil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCERAIAN sahaja. Cuma apabila fikir pasal anak-anak, abah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.

Satu hari abah kerja outstation, cuba telefon emak engkau nak bertanya khabar, abah tak tahu macamana ianya berakhir dengan pertengkaran. Emak engkau terus hempas telefon. Waktu itu abah benar2 frust, give up, rasa keseorangan, marah, abah jerit sorang2 dalam kereta dan waktu itu abah rasa ia betul2 dah sampai limit. Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri ini.

Malam tu abah tidur disebuah hotel budget. Malam tu cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. Sakit hati dekat emak engkau dah sampai tahap maksima. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call emak engkau semula seperti mana yang abah buat selalu, sebab abah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagi lah. Kali ini abah nekad, apa nak jadi, jadilah. Abah dah tak sanggup hidup bersama emak engkau lagi. Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum abah dan tak mahu-mahu berubah jadi isteri yang baik.

Dalam keadaan yang tak karuan itu, abah tak sedar bila masa abah bangun dan abah ambil sejadah dan abah solat ditengah2 malam. Ini jalan terakhir, abah berdoa dan mengadu pada Tuhan. Itulah malam yang abah tak boleh lupa hingga hari ini. Abah mengadu yang kahwin dengan emak engkau adalah satu kesilapan dan abah dah tak mahu terusnya lagi. Memang abah benci dan menderita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak2, tetapi meneruskan hidup dengan emak engkau juga satu penderitaan. Tetapi semakin lama abah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba abah mula konfius, abah rasa abah orang baik, abah selalu betul dan emak engkau bukanlah orang jahat, dia tak pernah menduakan abah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya abah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap abah?

Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi abah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan emak engkau, tiba-tiba abah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran abah. Seperti abah mendapat kekuatan bercakap dengan diri abah sendiri. "Abah tak boleh nak ubah emak engkau, abah hanya boleh ubah diri abah sendiri. Abah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah."

Esoknya, abah naik kereta dan mulakan perjalanan balik kerumah kerana kerja outstation abah sudah habis. Sesampai dirumah, anak2 riang gembira sambut abah balik, tapi emak engkau bergegas pergi kedapur, buat kerja dia, dan langsung tak salam dengan abah, langsung tak bercakap dengan abah pada hari itu.

Malam tu, abah tidur, tapi emak engkau bagi belakang aje kat abah. Bila abah dah rasa emak engkau benar2 tidur, abah selimutkan dia, dan abah perasan tiba2 terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini abah tersenyum saje, tak seperti selalu.

Esok pagi, abah datang dekat2 emak engkau, abah bagi salam, dan abah tanya dia "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Emak engkau lihat abah dengan marah dan merajuk, "Cakap apa ni?"
Abah ulang lagi "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Awak memang tak boleh, dah bertahun wak. Pasal apa awak tanya ni?"

"Saya benar2 ingin berubah kali ini, saya benar2 ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia."

Emak engkau menjeling sinis, "Ha, kalau awak betul2 nak buat, tu, pergi lah cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu"

Mesti waktu tu emak engkau jangka abah akan mengamuk lagi seperti biasa, bertengkar lagi, tapi abah hanya senyum dan mengangguk, nyut nyut abah pergi kedapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah abah bersiap2 untuk pergi kerja. Seperti biasa kalau emak engkau merajuk, jangan harap apa2 sarapan pagi yang ada. Tapi kali ini abah tak kisah. Bila dah siap, abah cium kepala emak engkau dan abah terus pergi kerja.

Esok pagi abah buat perkara yang sama, pagi-pagi abah bangun, abah bagi salam kat emak engkau dan abah tanya dia, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Mata emak engkau masih pandang kelain, "Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak2"

Abah tarik nafas dalam2, emak engkau tahu, abah kalut nak pergi kerja, dan abah rasa dia sengaja nak tengok abah nak mengamuk lagi, tapi kali ini abah hanya senyum, abah mengangguk, dan abah terus pergi kedapur buatkan sarapan roti bakar, telur goring dan air kopi panas. Semuanya abah letak bawah tudung. Lepas tu, abah sendiri tak makan, dan abah bersiap utk pergi kerja pasal dah lewat. Sebelum pergi abah cium kepada emak engkau dan baru abah pergi kerja.

Esoknya, pagi2 lagi abah dah bangun, abah gerak emak engkau, bagi salam dan abah tanya soalan yang sama, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Tak ada apa wak, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakit. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?"

"Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak"

Emak engkau diam, mata dia pandang ketempat lain, tapi abah perasan, ada manik jernih dimatanya. Bila abah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, abah perasan emak engkau lap mata dia.

Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti biasa abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, sehinggalah pada minggu kedua, satu pagi tu, satu keajaiban berlaku. Seperti biasa pagi tu abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, tiba2 emak engkau menangis dan peluk kaki abah, "Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya saya yang masalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya".

Perlahan2 abah angkat dagu emak engkau dan abah cakap,
"Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak2 saya, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengkaran kita sekali pun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayang awak"

Abah tanya lagi "Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
"Patutnya saya yang tanya soalan itu"
"Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Emak engkau renung abah dan dia kata " Boleh kita spend masa dua-dua bercuti, kita tinggal budak2 kat rumah atok dia"
"Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?"

Saya terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan-lahan. Bertengkar sudah tiada lagi. Emak engkau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada abah. "Apa yang awak nak dari saya? Macamana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?"

Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtuh. Kehidupan emak dengan abah lebih bahagia. Kadang2 masih juga terjadi pertengkaran, tetapi cara pertengkaran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengkar sehingga menyakitkan hati masing2, tidak seperti dulu lagi.

Abah dan emak kahwin dah lebih 30 tahun, abah bukan saje sayang emak engkau, abah suka dia, abah perlukan dia. Banyak perbezaan pendapat abah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya abah dah tak kisah. Abah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu.

Perkahwinan sesuatu yang sukar nak. Tetapi mendapat teman didalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini.

Credit Mazelan Abas/C&P from group

Sunday, June 26, 2016

Lampin Kain Dewasa untuk Warga Emas

Nenek Min dah berumur 80-an, alhamdulillah, tak de sakit2 teruk, setakat sakit2 urat, lemah2 lutut itu sahaja. Berkat mengamalkan ulam-ulaman agaknya.

Nak raya ni, biasa Nek Min enggan ikut kami beraya, hanya tinggal di rumah sahaja. Kasihan Nek Min cuma tunggu orang datang melawat, anaknya hanya seorang. Bila tanya Kak Ila ( anak Nek Min) kenapa Nek Min tak nak keluar beraya?

Kak Ila kata Nek Min jalan tak berapa laju, lutut sakit, perlukan tandas duduk. Nek Min takut kalau pergi beraya, rasa nak buang air, Nek Min tak dapat tunggu lama. Nek Min takut bocor... terkencing.. Nek Min malu....

Err.. kasihan Nek Min, begitu rupanya.

Tahun ini... saya bawakan hadiah untuk Nek Min..

Lampin kain dewasa, dengan ni Nek Min dah boleh keluar beraya! Nek min tak suka pakai yang pakai buang, yang plastik tu, sebab melecet dan mudah tertanggal gamnya, kalau nak pakai selalu macam membazir je padahal Nek Min boleh je pergi toilet, cuma slow jer.

Lampin kain dewasa, insertnya menyerap dengan bagus, kalau Nek Min terkucil, dah tak malu dah, nanti jumpa toilet yang elok Nek Min tukarlah.


Sebab guna button, boleh adjust size Nek Min, tak perlu ukur size dulu sebelum bali. Lagipun bila guna butang lebih kemas dan terjamin.


Nek Min SUKAAAAA... sangat. TQ Qissara!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pakej 3 helai RM120 free post . Order sini>> http://goo.gl/QUeeaC
Biasa CD ini dibeli untuk pesakit stroke yang terlantar, untuk OKU dewasa, untuk warga emas semasa travel (banyak toilet yang tidak mesra warga emas, malahan bahaya seperti gelap, terlalu sempit mahupun licin) .
Warna emas juga sukar menahan untuk ke toilet dengan jangka masa lama, maka boleh pakai adult CD untuk masa2 emergency dan mengelakkan insiden memalukan

Monday, June 20, 2016

Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia

Tak de dalam perancangan pun nak pergi Bukittinggi
Asalnya nak pergi Bandung, tapi tiket habis la pulak...

So beli flight ticket ke Bukittinggi, persiapan last minute tapi sempat juga book tour guide.
Nak cerita serba ringkas buat panduan korang yang nak pergi bukittinggi ni

Naik AirAsia, mendarat di Airport Minangkabau, dalam 1 hour flight je
Sesampainya di Padang dah ada tour guide menunggu

Perjalanan ke Bukittinggi 2 jam lebih juga, tapi tak terasa sebab tempat baru, suasana baru asik pandang2 diluar je

Sepanjang jalan
- ada banyak juga kedai2 perabot kayu yang nampaknya cantik2  (tapi kalau ikut MIL saya di Jepara lagi best sebab memang tempat buatannya.
-ada juga beberapa hasil kerja dari rotan

Tempat makan pertama tak jauh dari airport, Rumah Makan Lamun Ombak, semua orang Malaysia yang melancong ke sini akan dibawa kesini.

Sesampai Bukittinggi sebelum check in hotel dibawa ke toko2 sulaman. Bukittinggi terkenal dengan produk2 sulaman yang halus buatannya.

TIPS
Toko2 ini harganya lebih mahal, jika tak mahu melihat awal2 pesan dengan tour guide tak mahu singgah toko, minta tour guide bawa ke perusahaan/kilang kecil.
Saya masih singgah di toko kerana ini pertama kali ke Bukittinggi dan mahu melihat2.

Kami tinggal di Novotel, sebab bawa ibu bapa berjalan sama, kami pilih hotel yang okay sikit, tempah di agoda dan kebetulan kami tak pergi time cuti, rate murah sikit.

Lagi satu yang bagus dengarnya Hotel Grand Rocky.

Esoknya kami dibawa ke kelok 44, turun ke tasik maninjau, yang merupakan tinggalan kawah gunung berapiu, dilanjutkan sehingga ke rumah Pak Hamka. Rumah ini dibina semula, katanya hasil sumbangan wang ABIM, tak pasti kebenarannya, mereka juga jual buku untuk sustain tempat itu katanya.

Bukunya saya rasa overprice betul, tapi sebetulnya saya tak pasti mungkin buku itu memang mahal. Buku yang dibeli tasawuf dan falsafah hidup dengan harga RM100, saya niatkan menyumbang kepada ekonomi mereka di sana.

Sepanjang perjalanan menuruni kelok 44, ada tempat minum kopi, yang juga menjual barangan dari kulit, agak kemas buatannya.

TIPS:
Kalau anda berhenti dimana2, boleh dilihat ada peniaga2 kecil yang menunggu anda, sebelum menghampar alas dan melektakkan barang jualan, semuanya dengan pantas dalam masa lebih kurang 1 minit sahaja, bagaimanapun berhati2 kena check betyl2 barangannya kerana kebarangkalian barang reject.

Petang kami ke Pandai Siket, di situ ada satu kedai nama SATU KARYA kalau tak silap, umi dan abah borong kain batik dan kain pelekat di situ kerana katanya murah dan berkualiti. Saya beli beberapa helai tudung bawal sulam.

Selepas itu , kami ke Lindung bulan, Lindung Bulan ni memang on the way antara Novotel dan Pandai Sikek. Telekung buatannya kemas, dan mereka namakan siti khadijah. Kata Anton, pekerja di Lindung Bulan, mera baru menyiapkan order 1000 pasang telekung Siti Kahdijah untuk dihantar ke Malaysia, betul ke tidak entahlah sebab saya tak mernah memiliki Telekung Siti Khatijah, Harga taklah murah sangat tapi kualiti okay, so okaylah!

Esokknya kami ke Lubang Japang, melihat binaan tentera jepun, bagus otaknya. Kenapa ada takuk2 di dindingnya, kejamnya tempat menghukum dan sebagainya. Kami ke Kiniko perusahaan kopi, di situ aku beli kopi sebab aku memang suka kopi.

Kami juga dibawa ke kilang kerepek dan ada satu lokasi produk2 berasaskan labu.

Kami tak sempat berjalan di Pasar atas mahupun Pasar Aur Kuning. Mengikut tour guide tu Pasar Aur Kuning khas untuk borong sahaja.

Bukittinggi tak ada apa sangat untuk diulang melancong lagi
Cuma sulaman dan telekung memang cantik2

Kalau next time pergi rasanya memang untuk beli sulaman dan telekung shj.

TIPS
Bila berjalan macam ni ambil pakej yang disertakan dengan makanan juga okay, makanan yang dijamu memang sedap2 dan rasanya berbaloi, mengikut tour guide tersebut jika kami bayar sendiri harganya lebih mahal (standard rate pelancong)

Tuesday, May 3, 2016

Panduan Pengambilan Ubat-Ubatan Semasa Penyusuan




Ada ketika, ibu yang menyusukan bayi perlu mengambil ubat tertentu bagi merawat masalah kesihatan mereka. Dalam masa yang sama,
penggunaan ubat tersebut perlu dipastikan tidak membawa kemudaratan kepada bayi yang disusukan.

Pemantauan perlu dilakukan terhadap bayi yang menyusu sekiranya si ibu mengambil sesetengah jenis ubat-ubatan. Hal demikian bagi memastikan kesan sampingan atau kesan tidak diingini dapat dielak daripada berlaku.

Ubat yang diambil akan diserap masuk ke dalam sistem peredaran darah. Kemudian ia akan melekat kepada protein (albumin) atau bebas terlarut dalam plasma darah. Kadar resapan ubat ke dalam susu ibu bergantung sama ada ubat yang diambil oleh ibu tersebut memiliki kadar pelekatan terhadap protein plasma yang tinggi atau rendah. 

Ubat-ubatan yang melekat kepada protein plasma dalam peratusan yang tinggi adalah kurang atau susah untuk memasuki ke dalam susu ibu. Sesuatu ubat akan dianggap melekat kepada protein dalam peratusan yang tinggi, sekiranya peratusan ubat yang melekat kepada protein plasma melebihi 90%.

Penyusuan perlu DIHENTIKAN buat sementara waktu bagi ibu yang mengambil ubat untuk rawatan:


  • kanser atau kemoterapi (Antimetabolites)
  • bahan radioaktif dalam ubat radiofarmaseutikal. 
Penyusuan boleh disambung semula selepas satu tempoh masa yang selamat apabila ubat tersebut tidak lagi diambil.
Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan jika diambil aktiviti penyusuan boleh DITERUSKAN namun sedikit pemantauan perlu dilakukan


  • sesetengah jenis ubat psikiatrik 
  • ubat anti-epilepsi. 
Kesan sampingan ini mungkin akan menyebabkan bayi tersebut letih atau mengantuk. 

Selain daripada itu penyusuan juga boleh diteruskan oleh ibu jika mengambil ubat seperti Chloramphenicol, Tetracyclines, Metronidazole atau antibiotik daripada kumpulan Quinolone seperti Ciprofloxacin. Walau bagaimanapun digalakkan menggunakan ubat alternatif jika ada.

Bagi ibu yang menyusukan bayi dan perlu menggunakan ubat seperti 


  • Sulfonamides
  • Dapsone
  • Sulfamethoxazole+Trimethoprim
  • Sulfadoxine+Pyrimethamine (Fansidar) 
Pemantauan terhadap bayi perlu dilakukan kerana kemungkinan ubat tersebut boleh menyebabkan demam kuning atau jaundice kepada bayi.

Seterusnya ada juga ubat yang diambil boleh merencat atau mengurangkan penghasilan susu ibu seperti:


  • hormon Estrogens (termasuk pil perancang yang mengandungi estrogen)
  • ubat diuretik Thiazide
  • Ergometrine. 
Justeru penggunaan ubat alternatif adalah digalakkan dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi. 

Terdapat ubat yang selamat digunakan semasa penyusuan bayi jika digunakan pada dos normal contohnya ubat tahan sakit dan ubat demam seperti Paracetamol, asid Acetylsalicylic, dan Ibuprofen. Walau bagaimanapun penggunaan ubat ini dinasihatkan hanya untuk jangka masa yang singkat sahaja.

Penyusuan bayi juga boleh diteruskan bagi penggunaan pada dos normal ubat antibiotik seperti Ampicillin, Amoxicillin, Cloxacillin dan Penicillins jenis lain, Erythromycin, ubat untuk rawatan batuk kering, ubat kusta, ubat anti malaria (kecuali Mefloquine, Fansidar), ubat cacing dan ubat untuk rawatan jangkitan kulat. 

Begitu juga untuk penggunaan ubat asma, Corticosteroids, ubat antihistamin, ubat anti-asid, ubat diabetes, kebanyakan ubat darah tinggi, Digoxin, nutrien dan makanan tambahan seperti iodin, zat besi dan vitamin boleh digunakan pada dos normal oleh ibu yang menyusukan bayi.

Maklumat yang dinyatakan dalam artikel ini tidak muktamad dan tidak terhad terhadap apa yang dipaparkan sahaja. Ianya hanya sebagai rujukan ringkas kepada golongan ibu yang menyusukan bayi dan dalam masa yang sama mengambil ubat tertentu. Para pembaca digalakkan supaya merujuk kepada ahli farmasi atau doktor jika terdapat kemusykilan berkaitan ubat-ubatan yang diambil semasa menyusukan bayi.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkenaan ubat-ubatan, anda boleh bertanya kepada mana-mana ahli farmasi atau menguhubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722. Kami sedia membantu.

Disediakan oleh 
Khairul Naim Bin Zainal Abidin
Klinik Kesihatan Lembah Klau, Raub Pahang


Taken from KKM Website, 21st April 2016

Friday, March 25, 2016

Bagaimana Menjaga Kesihatan Bagi Mereka Yang Berumur 30an keatas?

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera . 
Wanita pada usia ini boleh dikategorikan sebagai masih muda. Namun ia bukan bererti kita terlepas daripada risiko menghadapi pelbagai penyakit merbahaya seperti kanser, kencing manis dan sebagainya.
Ketika usia 30-an kita sepatutnya mula mengambil langkah berjaga jaga dengan mengambil langkah berjaga dan pencegahan. Bak kata pepatah “ mencegah lebih baik daripada mengubati”.
Jika anda mula menjengah usia 30-an, bersiap sedialah kerana ketika itu badan kita mula merosot prestasinya dan mudah mendapat penyakit.
Tips untuk mencegah seperti berikut :
  • Mengambil Vitamin D dan Kalsium
    Dengan pengambilan vitamin dan kalsium ini dapat menurunkan risiko kanser payudara pra menopaus. Anda perlu mengambil 1000mg kalsium dan 350 Ui vitamin D setiap hari. Selain menerusi makanan, tubuh kita boleh menghasilkan vitamin D secara automatic jika berjemur di bawah cahaya matahari selama 10 minit. Waktu sesuai ialah diantara pukul 9 dan 10 pagi.
     
  • Buat Pemeriksaan Kesihatan
    Anda boleh ke LPPKN atau klinik untuk melakukan pemeriksaan awal terhadap kanser payudara dan kanser serviks.Ujian mammogram dan juga pap smear ditawarkan menerusi agensi kerajaan ini pada harga yang rendah. Dengan pemeriksaan awal, ia mampu untuk mengesan kehadiran sel kanser lebih awal dan merawatnya.
     
  • Kurangkan Memakan Daging Merah
    Memakan daging merah seperti daging lembu dan kerbau boleh meningkatkan risiko menghadapi kanser payudara. Daging yang dimakan akan meningkatkan hormone estrogen dan ia boleh mempengaruhi sel kanser dalam badan.
Mencegah lebih baik daripada merawat. Jika ia dikesan lambat, peluang untuk hidup semakin tipis.Jaga kesihatan daripada sekarang.

Terima kasih, Wslm Wbt
Perkongsian daripada:
Mamapride Team: Seluar Bersalin Menjaga Aurat
Hubungi kami di sini: https://www.facebook.com/maternitymuslimah/

Friday, March 4, 2016

LIST AGEN QISSARA.COM

Assalamualaikum and Hi,

Nak cari baju2 kami secara offline? Suka nak try dahulu? Jom hubungi agen2 kami.

Agen Kami SELURUH MALAYSIA dan BRUNEI!

Pn. Rizua Junaida 0193788277
Putrajaya
Walk in: Precint 5, Putrajaya
COD: Weekdays: putrajaya after 6pm, cyberjaya 5-6pm
          Weekends: putrajaya 9-5pm

SELANGOR

Pn. Dewiana 0196901016
Kajang, Selangor
Walk In: Taman Sutera Kajang
COD: Weekdays: HUKM only (8-5: whatsapp first), Kajang/Bangi/BTHO (booking&order)
          Kedai susu ibu banting (FB Kedai Susu Ibu Banting)


Pn. Fiza Anuar 0137104254
Bandar Baru Bangi, Selangor
Walk In: Pangsapuri Melor, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi

Pn. Ummi Mieya 01137009372 / 0389257307
Bandar Baru Bangi, Selangor
Kaw COD : Seksyen 8, Bdr Baru Bangi

Pn. NoorHidayani 0196376243
Klang, Selangor
Walk in: Jalan Paip Meru Klang/ Jalan Kempas, Bukit Kapar, Klang
COD: Tesco Setia Alam ( Weekends : 2pm till 6pm)

Pn. Busyra 011-27262846
Jalan Klang Lama (KL/PJ)
Walk In: Taman Danau Desa
COD: pick up points: weekdays 10pm, Weekends 10am
Jalan klang lama: Balai Bomba Taman Desa
BTS: Petronas Bandar Tasik Selatan
Seri Petaling: Shell Taman Salak Selaatan
Pantai Dalam: Masjid Al-Ikhlasiah Pantai dalam
Petaling Jaya: PPUM
Sungai Besi:Balai Polis Sg Besi
Bandar Tasik Permaisuri: Masjid Al-Najihin

Pn. Faiqah  0135957913
Subang, Selangor
Kaw COD;
1) Subang.
2) puchong kinrara, ioi puchong
Masa COD: isnin-sabtu: tengahari/ptg
Kalau nk request appointment kt tmpt/masa luar kwsn cod blh dipertimbangkn . 

KUALA LUMPUR

Pn. Azie 0194537427
Damansara, KL
Walk in: Kota Damansara
COD: Kota Damansara, Damansara Utama, Taman Tun, Wangsa Maju, Setiawangsa. Keramat, Jelatek.

Pn. Isma (Pesonasara)
0122634001
0178554001
Walk in: Apartment Mawar, Bandar Baru Sentul (by appointment)
COD: UTC bandar baru sentul, LRT sentul

NEGERI SEMBILAN

Pn. Hafizah (0165232397)
Walk in: Thought Shoppe: 4952, Jalan TS2/1A, Taman Semarak, Nilai
COD:Nilai

MELAKA

Pn. Nadia 01123088821
Bandaraya Melaka
nadiazamrizaki@gmail.com

PAHANG

Pn. Noraini Abdullah 0189078520
Kuantan, Pahang
Walk In: Aysara Vendor Boutique and Cafe 
              (No. 43, Tingkat 1, Jalan IM 7/1)- Depan Hotel Sri Manja, Berhampiran UIA
COD: Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Pn. Lyana 0134406210
Jerantut, Pahang
Walk in: Mat Daling, Jerantut
COD: Ampang, Bandar Jerantut, Mat Daling
ciklyanamahat@yahoo.com

PERAK

Pn. Sunduss 0194438090
Seri Iskandar, Perak
COD (by appointment): Seri Iskandar (WA for appointment)

Pn Faezah 012-4684589
Chemor, Ipoh, Perak
Walk In: Taman Chemor Ria, Chemor
COD: Selasa-Jumaat, 10am-6pm, Sekitar Chemor, Sg Siput, Ipoh
serasys_86@yahoo.com

TERENGGANU

Pn. Zarina 0145412692
Kemaman, Terengganu


KELANTAN

Pn. Amirah 0179091921
Wakaf Baru, Kelantan
Butik: Delza Mommy Store
           Lot 2024, Jalan Besar Lama, Wakaf Baru, Kelantan
COD: Kota Bharu, Kubang Kerian (weekdays 9-5)
          Kota Bharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa (weekends)

JOHOR 

Pn. Suhaiza 0136294050
Tangkak, Johor
Walk In: Taman Bandar Baru Bukit Gambir, Bukit Gambir, Tangkak, Johor
COD: Bukit Gambir, Gersik, Sg. Mati, Tangkak, Panchor, Serom

Pn. Khadijah 0137426730
Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Walk in: Bandar Baru Uda
COD: 

Pn. Normasita 0197701187
Batu Pahat, Johor Bahru
Walk in: Batu pahat
COD: Senggarang, Batu Pahat

Pn. Naimah Najwa 0137379916
Johor Bahru, Johor

Sarawak
Pn. Siti Aishah
0162025301/0125956708
Kuching, Sarawak
Walk In: Samariang Aman, Kuching

BRUNEI
Pn. Shazwani +6738178298
Walk In: Le Tour Boutique, Unit 17.4, First Floor, The Souq Airport Mall

Bagi kawasan yang belum ada agen, jika anda berminat menjadi agen cepat2 hubungi kami!

Monday, February 22, 2016

Kisah Mercedes 2nd Hand Kami

Alkisah bermula 3 tahun lepas, setelah vios yang berusia hampir 7 tahun mula mengeluarkan bunyi2 yang tidak enak.

Survey2 kereta baru. Lelaki mana yang tak pernah teringin memakai Merc or BMW. Nampak banyak je atas jalan. Bila kami survey, harganya affordable.

Beli tahun 2013 kalau x silap. Keluaran 2006. Merc E200. Harga RM125,000. Masa beli dah anggarkan mesti ada duit extra sikit repair sana sini. Repair aircond, brake adalah dlm 10k. Dengan loan etc kira total RM150,000 lebih kurang.

Merasa pakai kereta tu dalam 3 tahun juga. Tak banyak problem. Maintenance pun murah. Lebih kurang macam maintain vios dulu. Servis dekat bengkel luar.

Tahun terakhir guna, start ada bunyi2 yang tak best, sensor tak betul, last skali hari tu mengharung air, lepas tu start bau minyak dalam kereta. Bila check nampaknya enjin dah nak kena overhaul. Bukan sbb masuk air sgt tapi mmg dah sampai time katanya (2006 hingga 2016)

Experience kami.... pakai Merc memang best. Sedap pemandu dan penumpang.

Rugi ke? Dalam masa 3 tahun, jual lebih kurang 50k ( Total usage RM100,000). Hmm... memang rugi juga la. Tapi pengalaman, kalau tak cuba kami tak tau.

Rugi dari segi duit.
Gain dari segi experience.

Menulis ini khas untuk korang2 yang wonder mahal sgt ke nak pakai Merc, berbaloi atau tak 😊

Kami dah jual kereta kami. Economy tak berapa bagus nak maintain dengan overhaul etc dan tak tahu apa lagi bakal mendatang.. huuu. Cukupla 3 tahun je..

Next car?? Still surveying

P/s: Sila survey baju2 preggy and breastfeed di qissara.com sementara kami survey kereta.

Sunday, February 7, 2016

Tips: Dropship. Step 1

Tahniah sbb dah register as reseller di qissara.com.

Reseller di qissara.com = dropship. Bagaimana nak start?

First, perlu bagitahu SEMUA anda nak biz nih! Ambil pic2 dari website qissara.com atau FB Qissara Exclusive dan post di FB serta whatsapp group etc.

Untuk hari ini, boleh ambil pic ini:
Ada di timeline FB: Qissara Exclusive.

Susah kan nk upload beratus2 barang ke FB sendiri?

Jadi sbb kami ada website qissara.com, mudah untuk anda. Caranya boleh copy ayat dibawah untuk iklan:

Preggy+ Breastfeed mom! Pilih baju anda di qissara.com, dan whatsapp saya di ( no tel anda) yang mana anda nk order, saya uruskan hingga barang sampai kpd anda! Beli la byk2 sket, sy bagi diskaun, k!

Harga kami tak tetapkan jd anda bolehla nak bg diskaun ke, promo ke etc.

For first time, focus pd grab customer, bukan untung yg byk.

Konsep:
Grab Customer --> sale RM100 keatas --> Dapat jadi star reseller ( komisyen ++) --> JANA UNTUNG.

OK, Mesti cuba meniaga. Rasullullah SAW pun meniaga tau!

Siri lain tentang biz:
1. Agen BORONG : http://bloggersibuk.blogspot.my/2015/10/sifu-agen-qissaracom.html?m=1

2. Reseller/Dropship terms:
http://bloggersibuk.blogspot.my/2015/10/latest-reseller-terms-october-2015.html?m=1