Tuesday, March 17, 2015

REVO Archery ~ Hidupkan Sunnah Memanah

Hidupkan sunnah memanah. Nak belajar memanah tak?

Sebelum ni aku ada fikir nak belajar memanah, nak belajar naik kuda, salah satu sebab sunnah nabi, bila sunnah benda tu macam cool jer..hehe tapi aku tak pernah fikir secara serius, sebab tak de time.. semua benda aku nak buat dalam satu masa. Aku belum superwoman dan masih berdoa setiap hari agar dapat jadi superwoman :)

Satu hari umi (mak aku) call, cakap adik nak belajar memanah, minta aku tolong survey barang di KL sebab di ipoh mahal, 1 set RM1400+, aku cakap, mak ai...mahalnyer, aku ingat alat memanah ni paling mahal pun rm400- rm500.

Aku pun start survey harga, mak aiii... lagi mahal, RM2000 ke atas. Jenama yang adik aku mintak survey tu yang termurah. Dah la aku ni memang tak tahu langung pasal memanah, bila baca ada panah tradisional lah etc, compound, recurve tah ape lagi aku tak paham.

Bila google keluar gambar2 cam ni, tak paham le aku apa yang perlu dan apa yang tak. masa order dengan seller pun macam blur blur je.

Tengah survey, call lagi adik cakap dah nak pakai next week. Alamak, tak de masa ni.

Lepas tu jenama ni byk dah habis , sebab murah kot, ada yang nak tukar dengan limb yang lebih bagus jenama Samick, harga pun lebih up. huhu.

Sampai la aku terjumpa satu seller yang ramah dan tahu apa yang aku nak order ( sebab aku pun tak tau apa perlu aku order). hihi

Dah la bagi harga memang super best, kebetulan dia nak ke perak, sanggup dia hantarkan sekali ke mak di Perak.

Dah tu tak bayar deposit dulu pun dia percaya. Memang best la.

Bila mak ambil di Perak, rupanya sellernya muslim, alhamdulillah... semoga bertambah rezeki.

Siapa yang nak belajar memanah boleh jenguk FB ni ya: https://www.facebook.com/revoarcherymalaysia

Trusted, good price, good service. TQ :)








No comments:

Post a Comment

Support Qissara by Leaving Good Comments