Wednesday, January 28, 2015

Asrama time- Part 1

Dah cerita 80-an, lepas tu skip 90-an, terus cerita bab millenium years ni..
Saja rasa nak cerita yang ni malam ni :)

2000, my SPM year. Back then , sekolah di MRSM Taiping

Macam mana aku masa sekolah dulu ya?

#Di MRSM kena pakai tudung yang berjahit tengah (tak boleh selempang). So kat sini aku kenal tudung dengan sempurna skit, walaupun aku pakai sebab ikut peraturan je.

#Masa teens ni, first aku dapat jerawat nasi ( yang kecil2 tapi byk tu) bila pakai pencuci muka Biore..huhu... sampai sekarang aku ingat seh! Masa tu naik jerawat sket, cuci muka dengan Biore terus spread.. wawa..

#Masa ni orang lain dah act more mature, kalau perempuan tu mmg ladylike habis (cth roommateku, hehe..sorry mate), tapi aku tak, aku rasa bab cam ni aku memang lambat sket. So perasan ada kawan yang certain time of the month angin tukar 180 degree ( PMS ler) dan aku pelik apsal la angin semacam..hehe.. aku tak de PMS at that time, memang tak paham la den..haha..

#Pelajar-pelajar di sini ramai yang loaded, datang dari keluarga senang, anak datuk, dato dan seangkatan dengannya. Aku ada perasaan masa tu, kalau nak masuk sini selain pandai, ramai yang guna'cable'. Hehe... Bila student loaded ni aku selalu perati barang2 diaorang, sebab barang2 tu aku tak de atau maybe tak pernah kenal ( walaupun den bukanla miskin, hehe). Antara perkara2 yang aku dok perati diaorang ni:

1. Stok makanan banyak giler dan banyak juga yang aku tak kenal: Contoh makanan yang aku baru kenal kat sini adalah coklat spread jenama shokomac tu. Nutella aku rasa aku tau tapi tak pernah rasa, kat sini aku rasa. Stok makanan aku banyak, tapi yang biasa. Yang mesti ada dalam stok aku air kopi tin nescafe dark yang tin warna hijau, air susu kotak dutch lady, biskut2 pat segi tu, coklat2. :)




2. Kat sini aku tengok perfume mahal2, paling ingat kawan depan bilik ada perfume Mochino cheap and chic, yang  botol hitam merah.


Unik botol dia , sebab tu ingat sampai sekarang. Aku pernah pergi rumah another friend , masa tu meja solek dia yang besar penuh dengan perfume pelbagai jenis. Pergi rumah dia, mak dia keluarkan aiskrim Haagen Daz dan semua coklat2 pelik dari oversea jamu kitaorang, jadi cam jakun jap aku masa tu.

Haha... kalau ingat rasa macam kelakar aku time tu.

Ok la, nanti aku sambung lagi :)

Tuesday, January 27, 2015

Tahun 80-an For Me

1983-2015 ( 32 tahun)

Wuhu... dah tua la I
Dah tua maksudnya kontrak di bumi ni makin pendek, eh.. bukan bumi, dunia. (Mana tau boleh hidup kat Marikh pulak ke nanti, hehe)

Kawan-kawan yang seusia, apa yang korang realize?
Korang realize tak, betapa banyak perubahan dalam hidup korang, dari kecik sampai ke besar.

Aku baru realize, bila pikirkan pagi-pagi buta.

Flashback, aku anak sulung, lahir tahun 1983. Mak ayah aku muda lagi masa tu. Mak aku panggil umi.
Aku selalu tengok gambar aku masa kecik-kecik. Umi suka belikan aku baju macam-macam fesyen. Hehe..
Abah kerja engineer, umi jaga aku dengan penuh kasih sayang. Kalau dulu2 kasih sayang dan garang tak dapat dipisahkan..hehe.. (alamak, matila, aku pun garang jugak! nanti Qis dengan Sarah pun cakap macam ni kat aku.

Dulu tahap garang mak ayah aku tak la teruk sangat, normal2 je ( sebab aku tengok video Saiful Nang yang bab rotan tu lagi garang). Tapi maybe aku yang cengeng sangat kot. Haha...

Antara perkara yang aku ingat kenapa aku cakap parents aku garang:
1. Aku pernah jumpa gambar umi yang dibelakangnya aku tulis 'mak saya garang macam harimau' waha... maut punya ayat, jangan Qis buat benda yang sama dengan ku udah.
2. Adik2ku lelaki, biasa gak la gaduh main sidekick flying kick, bila abah baik siap la, sorang ceruk sana, sorang ceruk sini, kena rotan kat tapak tangan.

Aku ingat pernah tu, aku kira birth date aku dengan tarikh kahwin umi dengan abah, nak tahu sama aku ni anak angkat ke tak. Gila cengeng? haha... aku tak tau la apa yang membuatkan sampai aku macam tu skali , padahal tak de la mak bapak aku balun dengan rotan ke, tak bagi aku makan ke, ikat kat pokok kerengga ke. Tapi ini akan jadi ingatan agar aku cuba untuk pahamkan anak2 aku nanti (walaupun susah nak paham remaja ni, aku sendiri sampai sekarang tak paham aku yang dulu, hehe)

Kecik sangat, tak banyak aku ingat.

Umi pernah cerita satu perkara yang buat umi marah kat aku dulu, masa tu umi baru basuh lantai dapur, skali bila datang dapur balik tengok aku dah taburkan semua bawang atas lantai (Owh.. kalau aku pun jerit satu taman boleh dengar, kot!)

Korang tau zero-point tak? Budak2 sekarang dah tak main menda tu kot. Dulu masa aku belum masuk sekolah lagi, aku nak main zero-point, tapi tak de getah. Aku amik tali bag sekolah (tak elastik, cam tali pegikat buku tu dulu). Suruh adik aku yang dua orang tu pegang kiri kanan. Pegang tau, akak nak lompat ni. Sekali kaki sangkut tali, kepala langgar bucu pintu.. lepas tu aku rasa cam gelap. Aku dengar suara umi suruh jangan gerak sebab darah banyak.
Aiyoo... kesian umi. Kalau aku yang dah jadi doktor ni tengok kepala anak berdarah panik, aku dapat bayangkan umi panik 100x lebih (eh..pepandai je aku assume..hehe... idak le pulak aku tanya umi). Akibatnya berjahit la dahi aku, parut kekal sampai sekarang.

Tapi ni kali kedua aku kena jahit, yang first aku sendiri tak tau, umi cakap atas kepala, langgar pagar. Aiyo.. nakal sangat ke aku? Haha... nasib baik tak de major injury, jatuh saham aku kalau tak. (Maybe nakal la kot, sbb Qis tak de pulak jahit sana sini)

Aku salute umi, sebab jaga aku dengan adik2 sendiri. Dulu aku ada orang gaji. Bila aku dah tak de orang gaji, memang aku rasa dengan condition aku ni, sampai bila pun cara aku jaga anak-anak tak match dengan cara umi jaga aku. Huhu..

Kekadang lupa potong kuku anak la..
Kekadang tak sempat buat breakfast, kasi makan cereal je..
Kekadang tido tak sempat peluk anak2, tertido keletihan
Kadang-kadang tak dengar betul2 apa yang anak2 nak ceritakan...

Hhuhu.. banyak lagi

Tapi untuk anak-anak mama, mama sayang korang dunia akhirat kerana Allah Taala.
Mama akan cuba baiki diri mama, panjatkan doa untuk kamu orang.
Semoga kamu orang baik-baik sahaja :)

Ok... nanti aku sambung bab sekolah pulak..


Friday, January 16, 2015

MBK, Pratunam, Bangkok

Apa yang boleh dibeli di MBK? Aku suka tengok choice of selection bag di sini, harga lebih kurang macam di tepi jalan di Petchaburi road ( maybe sebab aku tourist)

Bawah ni mmg bag idaman aku, bag kecik untuk bawa pergi 'kerja'. Kalau kat malaysia mahal walau dah diskaun 70%. Harga bag ni RM100 dan bag ni tahan lasak serta light-weight ( seller siap kepak/lipat bag depan kami..huhu..)


Betul-betul sebelah hotel Amari Watergate is the Pratunam Market. Market ni melunjur sehingga ke area Baiyoke Hotel. Tak sempat jalan lama di sini tapi generally barang memang agak murah di market ini.

#adikshopping hampir lupa diri, haha

Long sleeve pun banyak juga area ni.

2 baggage bag ni aku cekau di Petchaburi road, RM100 juga each. Puas hati betul borong bag di Thailand, hehe.

Small night market in front of Palladium Mall, cekak rambut RM1 ke RM2, kalau di lovely lace RM19.90 , walaupun yang tepi jalan ni low quality sket tapi boleh dpt 10pcs dengan harga yang sama, haha.

Banner advertisement di bawah hotel Glow , Pratuman, kami tak sempat try pun kedai ni.

*************************************************************************

Pernah dengar tak lampin kain dewasa boleh basuh semula? sangat menjimatkan, boleh digunakan untuk OKU, warga emas etc.
FB: Malaysian Cloth Diapers Shop

Saturday, January 10, 2015

Rojak Singapore di Melaka

Area di King's Apartment, nampak gerai ni, singgah untuk try rojak singapore dan air kelapa.


Rojaknya lumayan sedap :) Harga pun okay lah.
Steet food di Melaka memang sedap dan murah ( rasa murah sbb di KL biasa mahal dan susah nak dapat yang sedap) huhu...

Satu pinggan kami share dua orang je, banyak portionnya.


Jalan2 melaka yuk! hehe :)

***********************************************************************

Washable Cloth PAds? FB https://www.facebook.com/ClothPadPantiliner



Friday, January 9, 2015

Farida Fatoni, Halal Food In Bangkok

Kalau tinggal area Amari Watergate, Glow Pratunam, this restaurant is a walking distance. Kitaorang dengan budak kecik dari Amari Watergate ambil masa 10 minit juga berjalan cepat, lapar punya pasal. Hehe..

Makanan dia sedap, seafood dalam tomyam memang banyak.
Harga generally di Thailand for halal food memang mahal skit


Bersih juga bahagian dapurnya

Tomyam semangkuk, ni tomyam merah.

Kami try tomyam putih sekali je, area Chatujak, ternyata aku lebih suka tomyam merah.

Kedai ni buka dari 9am hingga ke 9pm kalau ikut yang tertulis dipic nun diatas.

Boleh cakap slang melayu kelate owner kedai ni.







********************************************************************************
New Arrival: Nursing and maternity blouse, Best Price, Best Design
FB: Ummi Bargain Shop


Sunday, January 4, 2015

Tips: Travel With Taxi in Bangkok


Kalau travel ke Bangkok, rata2 mengesyorkan naik BTS or MRT. Sistem pengangkutan awam yang kemas terancang dan memudahkan. Tambahan pula kota Bangkok juga boleh tahan sesaknya pada peak hours.

Tapi masa aku ke Bangkok recently, aku bersama suami, anak2 dan seorang adik perempuan, stay di Amari Watergate. Di situ tak de laluan BTS or MRT. 

Reason aku pilih stay di Amari kerana berdekatan dengan tempat conference, Centara Grand at Central World. 

Di Amari, boleh minta hotel callkan taxi. Request taxi bermeter. Actually jika guna taxi bermeter, tak mahal. Boleh rujuk rate taxi dalam pic diatas, tambahan pula jika anda pergi ramai, kira cukup korum naik satu teksi, so tak mahal pun..

Sebab aku pun ada cuba naik BTS, rate tiket 3 dewasa dan 2 kanak2 lebih kurang rate kami naik satu taxi, kecuali jika jalan seorang atau berdua memang BTS or MRT lebih jimat.

So, Tipsnya:
1. Minta hotel callkan taxi
2. Minta taxi bermeter
3. Pasang WAZE anda dari satu destinasi ke satu destinasi, so pemandu taxi tak boleh pusing2 :)

Ok, adios, for ladies, ada isu penting yang diutarakan di sini, point utama salah satu penting dalam mencegah kanser pangkal rahim adalah mengekalkan kebersihan seluar dalam. Info lanjut dan alternatif boleh ke FB PAGE