Tuesday, December 23, 2014

Kereta Underinsured - isu yang anda perlu tahu!

Korang miliki kereta? Berapa nilai kereta yang korang insurankan?

Nak cerita kisah dan pengalaman kami, mungkin ada yang masih belum tahu.

Saya miliki sebuah Myvi, kami insurankan berdasarkan nilai pasaran. Jika anda yang prihatin dengan nilai insuran kereta, anda akan perasan bahawa nilai kereta yang diletakkan oleh pihak insuran lebih tinggi dari nilai sebenar kereta seperti anda jika anda survey di kedai-kedai.

Apa yang kami buat, kami insurankan dengan nilai pasaran sebenar, dimana nilainya lebih rendah berbanding nilai yang diletakkan oleh pihak insuran. Cth: nilai pasaran RM50,000. Nilai diletakkan pihak insuran RM55,000.
Maka kami insurankan RM50,000. Semasa kami pilih untuk insurankan nilai ini, kami bertanya dengan agen apa benefit yang kami akan dapat jika kemalangan, agen menerangkan bahawa nilai dibayar sehingga RM50,000 ( yang ternyata salah penerangannya)

Nak dijadikan cerita, kereta accident dan terpaksa claim insuran. Bila kami nak claim kos pembaikan, kami diberitahu hanya cover dalam 90% shj ( RM50,000 daripada RM55,000 lebih kurang 90%).

Kami memang tak puas hati sebab perkara ini tidak diterangkan oleh agen. Menurut pemahaman kami, tak kira berapa kos yang dikenakan, akan cover sehingga RM50,000!

Kalau ikut actual law, memang kami kena bayar, walaubagaimanapun kerana tidak puas hati kerana tidak diterangkan polisi sepenuhnya, kami berusaha juga untuk dapatkan hak kami, call bos sana sini, email etc.. At last pihak insuran setuju cover full (alhamdulillah)
















Selepas pengalaman ni, baru kami tahu yang ada terms 'underinsured'. Jadi kepada anda yang belum tahu dan mahu kereta dicover 100%, hubungi agen insuran anda semula ya.

*********************

(Nursing Bra QisSara) Comfy + Murah + Berkualiti. Beli 3 less 10%, beli 5 less 15%, Beli Lebih RM99 dapat FREE 1 baju menyusu bernilai RM55.

Pilih design anda di sini ( size available ada update pada keterangan gambar):https://www.facebook.com/media/set/?set=a.760395504033071.1073741828.760213477384607&type=3

PM kami for order di sini:https://www.facebook.com/messages/ummibargainshop

**baju menyusu ada size XS dan S shj, design diberi secara rawak, boleh pilih size shj, diberi hanya UPON REQUEST.


*****************************

2 comments:

  1. Assalamualaikum...kereta sy pun under insured...saya nak tanya...macamana saya nak figh kes ni? dan ape yg perlu sy buat dulu?

    ReplyDelete
  2. Dulu kami not fully informed. Sbb itu dapat fight. Pegawai insuran di bank tak terangkan pd kami kalau tak full insured coverage pun x full walaupun blum sampai max amount insured.

    ReplyDelete

Support Qissara by Leaving Good Comments