Tuesday, December 30, 2014

Bagaimana nak beli cloth diapers dan berjimat?

Jika anda anak seorang, berapa disposable diapers anda beli setiap  bulan? 2 paket?
Berapa harganya? RM60 untuk 2 paket? Atau lebih?

 

**both pic googled, watermark as stated :)

Anak anda pula allergic, tak boleh pakai sembarangan , nak jenama mahal je..hehe.. lagi mahal lah , kan?

Kalau anda ada 2 anak, yang sulung dah kurang pakai diapers, sebulan 1 paket?
Kiranya minimum 3 paketlah kan, sebulan? 

Apa lagi kalau musim anak cirit..huhu… 1 paket tak samapai seminggu , kot..

Lagipun, kalau diapers yang dah basah dengan najis, activatekan chemical2 dalam diapers, gel2 penyerap etc, dan anak kita 24jam sentiasa expose kepada chemical ini, adakah menyebabkan bahaya? Cancer? Tak tahu… banyak spekulasi begini.

Kerana spekulasi, dan kerana inginkan penjimatan, sebab tu ramai ibu bapa yang cari kaedah yang lebih natural dan jimat.

Washable nappies, sangat natural, kan? Pakai kain macam mama kita dulu-dulu. Tapi kalau pakai lampin kain tradisional, agak kurang praktikal bagi sesetengan ibu bapa, apatah lagi jika orang lain yang jaga baby. Sebab tu, modern washable cloth diapers mula muncul di pasaran.

Washable cloth diapers direka agar penggunaannya seperti menggunakan lampin pakai buang, tapi boleh basuh. Atas kesedaran diatas juga, saya mula bawa masuk cloth diapers sejak bersalinkan 2nd baby saya pada 2011.

Sekarang terdapat pelbagai cloth diapers di pasaran. Tapi kebanyakan yang cantik dan berkualiti tinggi dijual di Negara-negara eropah/ barat. Material bamboo charcoal, bamboo fiber agak susah didapati kecuali dari few seller di sini. Reasonnya kerana material ini kategori premium, lebih mahal and of course lebih banyak kelebihan.

Saya survey2 harga diapers bamboo di amazon, yang ada double leakguard saya jumpa almost 10pound sterling, convertlah berapa, mahal tu..huhu… macam mana nak jimat macam ni.

Ramai juga online seller yang dahulu rancak jual cloth diapers, dah stop. Sebab susah nak maintain harga dalam pasaran Malaysia. Kos yang mahal dan harga jualan yang rendah menyebabkan ramai seller tukar jual benda lain.

Pilihan kami, kami hasilkan jenama sendiri. Smartbaby cloth diapers kami dihasilkan  oleh kami dengan usahasama kilang di China. InsyaAllah .. kami menjaga kualiti agar dapat berikan kepuasan terbaik buat anda.

Harga kami tawarkan antara yang termurah dalam kelas kualiti yang sama. Kami kekalkan penggunaan material bamboo charcoal dalam pembuatan inner kerana kami mahu pastikan pengalaman ibu-ibu dalam bercloth diapers adalah pengalaman indah dan mudah. Tak risau anak naik allergic rash, tak risau anak exposed to chemical, tak risau nak kena keluar duit beli diapers bulan-bulan, tak risau diapers naik kulat kalau lambat basuh ( boleh basuh 2 x seminggu je..)

Kerana kami tawarkan harga murah dengan kualiti yang bagus, kami masih bertahan jual cloth diapers hingga ke hari ini. Kalau online je kami boleh bertahan dengan harga ni, jika kami buka kedai, kami pasti perlu menaikkan harga kerana margin keuntungan rendah tak dapat cover cost kedai, so buat masa ni, kami jual online jer lah :)

Jimat ke pakai cloth diapers?

Jom buat kira-kira, jika sebulan 3 paket diapers lebih kurang RM90?
Cloth diapers beli 5 helai RM140 less 10% jd RM126.
Dinasihatkan ada 10-15 diapers bergantung kepada berapa kerap anda membasuh

Kalau 10 keping RM126 x 2 : RM252
Selepas itu anda hanya perlu keluar kos sabun dan kos air je setiap bulan, diaper ni tahan bertahun, boleh share antara adaik beradik sebab size boleh adjust S till L.

Banding RM90 x 12 bulan: RM1080


ERMM.. APA LAGI, JOM JIMAT LER.. TAK SUSAH.. IBU BEKERJAYA PUN BOLEH.

No comments:

Post a Comment

Support Qissara by Leaving Good Comments