Friday, October 3, 2014

Jakarta September 2014

Travelogue day 1: jakarta
Sampai di airport dah ada supir yang jemput. Tak murah sangat tapi sebab 1st time datang, maka tak mahu menyusahkan diri memikir.

Kalau x hire supir banyak je taksi2. Rasanya confirm lebih murah dari amik supir. 








Rate Supir: 900,0000 Rp/day
Kenderaan : Kia Pregio
Nama Supir: Wawan
Contact melalui: https://www.facebook.com/nara.gunawan.5
**nanti aku buat satu entry khas supir**

Lepas itu ke rumah makan sederhana silpi raya. Tanya supir kenapa rumah makan banyak nama serderhana? Rupanya sederhana tu maksudnya tak mahal, harganya terjangkau.
Yelah makan nasi dgn sayur lemak dgn ikan talapia dlm RM6.50 mmm.. air teh free.



Lepas tu check in hotel dulu. Hotel millenium sirih. Menurut publishes rate harga asal rm800+. Booking guna agoda 2 bilik 3 malam RM1800. Ada yg kata mahal . Balik tidur je.. tapi dgn aku yg anak kecil ni penting hotel selesa kalau tak mengamuk diaorg tgh malam.

Lepas tu ke thamrin city. Besar juga tapi tah kenapa masa aku datang banyak kedai esp yg bahagian atas tutup. Taklah lewat sgt masa smpai dlm jam 4 waktu tempatan. Sedihnya sini x dpt beli2 sgt sbb anak2 mood x baik... huhu...









Malam singgah sekejap Grand Indonesia. Makan malam. Mahal rasanya sbb 3 nasi ayam penyet dan 2 air jus RM60. Nasinya sikit ayam sini kecil jadi 3 pinggan. Tapi nasib baik sedap banget. Makan di food hall kedai mmjuice.
Lepas tu bertolak ke MONAS. Monumen Nasional. Banyak jualan kaki lima. 

Travelogue day 2:

Pagi keluar cari breakfast. Susah juga nak jumpa kedai breakfast di sini. Kebetulan nak ke Ancol, kami terus ke Ancol je tanpa breakfast.
Di Ancol ada warumg makan pagi. D Kopiduk. Makan la kat sini.
Makan pisang goreng cheese coklat. Sgt2 sedap.
Makan Es Teler tak berapa sama macam makan di sari ratu.


Dugong, tak mau turun , asik kat permukaan makan rumpai laut...
Kuda laut..




Lps tu masuk seaworld. Tangan dicop supaya boleh keluar masuk hingga pukul 6. Happy sbb ingatkan besar. Masuk dlm sgt mengujakan sbb byk ikan . Tapi rupanya tempatnya kecil je. 7 orang lebih kurang RM150.


Selepas kelaur dari seaworld kami ke ITC mangga dua. Bersebelahan dengan Ancol je.
Di ITC aku rasa barang macam mahal sikit dari Thamrin city tapi pilihan lebih banyak. Kalau siapa nak pergi walaupun ada yg kata tak perlu pergi sbb tanah abang lebih murah, tapi bg yg 1st timw nak pergi aku rasa berbaloi je. Terutama sekali yang tak beli borong. 


Selepas Mangga dua makan di restoran sederhana simpang raya.
Sebelum ni kami dibawa ke restoran sederhana silpi raya( walaupun kami minta bawa ke simpang raya). Kedua2nya sedap. Silpi raya lebih murah. Simpang raya lebih eksklusif. 7 org makan silpi raya RM45. Simpang raya RM78.


Seterusnya kami ke Pasar Majestic / Mayertic. Pasar ni banyak jual textile. Ada kedai biasa, ada kedai ala2 jakel. Boleh juga tempah sut yang siap dl 2-3 hari.
Sebab aku tak biasa beli fabrik, aku kurang mahir mana yang ok dan harganya. End up aku tak beli apa2 di sini.


Selepas itu, kami lanjut terus ke Blok M. Blok M ni sbb buka hingga lewat malam, sebab tu kami ke sini. Ok juga barang di sini. Depan Blok M ni ada M hotel. Selepas Blok M semua kepenatan, kami balik rehat.


Travelogue day 3: Tanah Abang..
Shopping paradise, as people said. First nak cerita kos pengangkutan ke sini. Dari hotel millenium sirih hanya kena RM2.10. Dari tanah abang ke hotel millenium hanya RM3.30. Bila peak hour time balik kata sekurity teksi blue bird tak mahu masuk sbb macet ( mmg kami tak nampak teksi blue bird). Teksi lain nak caj RM30 ke RM45. Huuuu... macam gila je harga. Rasanya mmg dia tunggu pelancong je tu utk 'sembelih'.
Lps tu kami turun ambil bajai. Bajai sejenis angkutan kota yang mmg sy dah tahu ratenya taklah murah setaraf beca gitu di Malaysia. Tapi rasa mungkin rate kami dpt pun mahal. RM15 whooaa... semua gara2 peak hour.


Mula2 kami diturunkan di bahagian bangunan lama. Sesat2 juga la. Kebanyakan floor di bangunan lama jual barang dari china. Baju2 etc.
Ada juga yang buatan local indonesia iaitu blouse muslimah.
Ada jambatan yang sambungkan ke blok baru. Di blok baru lebih luas dan selesa. Di blok baru kami masuk ke kedai telekung yang pertama. Rasa mahal tapi sbb ada satu telekung tu aku suka terpaksa pejam mata beli je.. huhu.


Always org nasihat jika dah berkenan beli je sbb nanti x jumpa barang yg sama bila dah berjalan.TAPI.... kalau telekung aku rasa boleh jalan juga. Sbb dia berkumpul di block sama di bangunan baru. Just ambil pic kedai yang korang berhajat nak kembali..
Aku pun beli telekung travel. Tapi yang aku beli mahal sebab material dia lebih bagus. Aku tak jumpa material ni di malaysia so far ( tapi aku pun maybe tak de survey beli telekung di Malaysia).


Lepas tu ke floor yang jual bag. Sbb mmg hajat di hati beli bag tangan longchamp macam adikku dah beli. Dapat bag yang berkenan dihati


Kami sampai tanah abang jam 7 pagi balik jam 3.30 petang.


Makan jam 10am di food court lantai 6 blok lama ada papabun yg macam rotiboy. Sedap. Harga aku rasa mahal sikit dari rotiboy.


Makan tgh hari di lantai 6 blok baru (mini food court) harga tak murah pun nasi putih dgn sayur sawi mix sedikit seafood rm10. Maybe sebab tempat ni agaknya.


Malam kami ambil shuttle dari hotel ke Grand Indonesia. Yang ni kena buat satu entry lain



********************************************************************************

Pernah dengar pad wanita basuh semula, staydry, mudah urus, bebas kimia?




Untuk dapat pad FREE, contest berlangsung di SINI - masih sempat anda beli 2-3pcs, cuba try and masuk contest untuk dpt up to 20pcs pad free.

No comments:

Post a Comment

Support Qissara by Leaving Good Comments