Friday, October 31, 2014

Memilih Bra Menyusu (Khas buat bakal ibu / ibu2)

Jom buka discussion regarding nursing bra. Macam mana nak pilih nursing bra? banyak di pasaran, macam2 jenis, macam2 harga.

Dulu masa first preggy, tak kenal lagi ( atau mungkin tak de lagi) pembelian secara online. Masa tu pun baru kerja, dengan nak sambut anak sulung, kewangan tu tak berapa nak stable.

Masa tu tak tahu nak beli kat mana kecuali supermarket, masa tu jenama terkenal je ada, cth Triumph ke etc, aku beli Triumph sbb yg tu paling murah.. tapi still mahalnya ya ampunnn!!!!

Beli yg simple tak de padding pun masa tu rasanya RM80++, aku beli 2 helai je kot sbb rasa macam mahal sgt. 2 helai dah RM160 kau..

Tak lama lps tu ada la aku jumpa yg murah, tak tau kat mana, tapi material dia tak selesa sgt. tapi beli je la sbb murah.

Apa itu nursing bra?
Nursing bra dibuat khas untuk ibu-ibu yang menyusui bayi. 
Ia berlainan sedikit dari bra-bra biasa yang terdapat di pasaran di mana terdapat klip bukaan di bahagian nipple. 
Klip bukaan juga mudah untuk dibuka dan dipasang kembali dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada anda apabila menyusui bayi di tempat awam.
Mengapa kebanyakan nursing bra yang terdapat di pasaran non-wired bra?
Dikatakan, Ibu-ibu menyusu tidak digalakkan untuk memakai wired bra. Ini adalah kerana jika wired bra ketat ianya boleh menyekat pengeluaran susu yang akan membawa kepada breast menjadi bengkak. Walaubagaimanapun ini tidak benar mengikut kajian saintifik:
READ HERE
Memakai nursing bra yang ada underwired, boleh?
Kesimpulan tidak elok memakai bra menyusu yang terlalu ketat dan menyekat saluran susu, perkara yang sama boleh berlaku dengan bra berdawai atau tanpa dawai yang dipakai ketat. Bra berdawai menjadi pilihan bagi mereka yang sudah biasa pakai bra berdawai dan dapat memberikan support dari segi bentuk breast dari bawah dan tepi. Syaratnya, sama ada berdawai atau tidak, PILIH SIZE YANG SESUAI.

Jika memakai bra tanpa dawai yang longgar sehingga naik ke breast dan menekan breast juga tidak elok banding memakai yang berdawai yang dengan adanya dawai memastikan bra terletak bawah breast-line dan bukannya di atas breast.
Bila masa yang sesuai untuk membeli nursing bra?
Bagi anda yang sedang mengandung bolehlah mula membeli nursing bra pada usia kandungan berada di trimester ketiga. Kebiasaannya pada masa ini, saiz bra sudah boleh ditentukan. Biasanya semasa mengandung, saiz bra akan naik 1-2band dan cup size. Bagi nursing bra ada juga yang disediakan dengan free extender seperti di SINI
Berapa helai nak beli?

Perlu diingat jika menyusu bra mudah dicemari oleh susu, yang jika dibiarkan lama akan mengeluarkan bau yang kurang enak. Penting agar bra menyusu material selesa seperti cotton, microfiber, etc, mudah serap peluh, mudah kering. Sekurangnya2 sediakan 6- 12 helai mengikut kemampuan dan sediakan breatpad juga ( disposable or washable)



Kelebihan kebanyakan nursing bra Qis-Sara banding Autumnz Zoe kerana tali dibahu yang lebar dan dibuat dari fabric yang lembut dan selesa. Lightly padded dapat mengelakkan nipple terlalu ketara kelihatan jika tidak memakai nursing breastpad.

PengenalanQissara - Kara baru, design seperti sport bra, hanya perlu selakkan untuk menyusu. Sangat comfortable.







Kebanyakan bra yang kami bawakan mesti ada space lagi jika nak letakkan breastpad, ini penting bagi mengelakkan spill up milk di pakaian.

Memandangkan sekarang nursing bra boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan di kedai2 online, diharap2 ibu2 boleh menyusu bayi dengan lebih selesa banding betapa mahalnya dan seksanya nak cari nursing bra time saya dulu.. huhu

OK, TQ for reading, Adiosss!!!

Saturday, October 25, 2014

Cloth Diapers ..MINI ^_^

Baru- baru ni Malaysian Cloth Diapers Shop ada lancarkan lampin kain moden jenis baru tau ^_^

Cloth diapers Smartbaby MINI!

Apa yang menyebabkan kami sediakan cloth diapers ni dalam shop kami?

Cloth diapers standard size yang banyak dijual di pasaran boleh laras 3 size, S hingga L, biasanya.

Memang cloth diapers seperti ini boleh dipakai bermula anak baru lahir, purata berat bayi yang baru lahir adalah 2.5kg hingga 3.5kg. Cloth diapers standard size biasanya disyorkan pakai bagi bayi 3kg keatas.
Bagi ibu bapa yang tergolong ketinggian dan berat badan sederhana dan kecil ( biasa bagi rakyat Malaysia), bayi yang dilahirkan ibu2 biasanya 2.5kg hingga 3kg. Tak ada masalah bagi anak2 ini nak menggunakan cloth diapers size standard, akan berfungsi seperti biasa, cuma rupa tak berapa 'cun'. Contohnya:

Diapers nampak besar bagi bayi. Tak de masalah jika ibu bapa tak kisah dari segi rupa, insyaAllah dari segi fungsi bayi selesa asalkan tidak meletakkan insert tebal.


 Dan bila melaraskan size standard cloth diapers kepada size terkecil, banyak lebihan kain, menampakkan rupa yang agak kurang cantik..

( biasanya bayi yang bawah 3kg jadi macam ni)

Bagi yang betul2 ingin menjimatkan wang menggunakan cloth diapers, boleh bertahan dengan rupa cloth diapers yang agak kurang cantik dalam 2-3 bulan pertama, sebab selepas tu bayi akan membesar dan diapers fit nicely.

Tapi...

Bagi yang nak memberikan sesuatu yang ISTIMEWA untuk bayi baru lahir anda, dan nak cuba sedaya upaya untuk berjaya penggunaan cloth diapers 1st time, dapatkan diapers newborn seperti ini:


Smartbaby Mini look like this
-pic ehsan google

Not many size to adjust
Trimly fit your petite babies
 Another newborn diapers, no, smartbaby mini not like this, but this one nice
Kebayakan pic ehsan Mr Google, dan banyak gambar baby bukan orang asia, omputeh, sbb tak banyak cloth diapers mini di Malaysia yang dijual dengan harga mampu milik, kebanyakan premium item. So now kami dah bawa harga mapu milik, boleh la ibu2 yang tengah preggy consider pakai cloth diapers tau!

Lagi satu, dah la kami bawa yang mampu milik, kami bawa jenis All In One, maksudnya insert dijahit terus ke cloth diapers, supaya ibu2 yang baru nak belajar dan dalam pantang rasa mudah sangat, macam pakai disposable diapers yg biasa.

Kalau pakai yang AIO ni masalah lambat kering banding guna pocket diapers, tapi masalah tu tak ketara pada Smartbaby Mini kerana , for newborn diapers kami tidak menggunakan lapisan yang tebal, dan kami guna fabrik bamboo charcoal ( ni yang paling penting nih) yang cepat kering.

Smartbaby mini seperti biasa mengekalkan ciri ISTIMEWA jenama Smartbaby , dimana ada double gusset. Susah tau nak cari diapers affordable menggunakan material bamboo charcoal dan ada double gusset. (Rasanya tak de kot sbb ni kami buat sendiri, pemilihan fabrik sendiri berdasarkan pengalaman kami ^_^)

So... thoose yang terpikir2 nak cuba tu GO FOR MINI!!!

Harga sangat affordable, RM19.90, beli 5 less 10% -- ape kes? murah bebeno kalau nak compare dgn kualiti and benefit yg korang dapat :)



Tuesday, October 7, 2014

Malindo Air : Tips

Kami naik Malindo Air pergi Jakarta. Macam yang diadomestic , tempat kaki lebih luas banding air asia.
Kelebihan kat sini sbb aku bawa budak2 kecil yang aktif yg suka jalan2 dlm flight. Kalau sempit macam air asia diaorg mudah rimas dan mengamuk. So luas sikit kira okay la.

Malindo Air selalu promo entertaiment dlm flight tu. Tapi dia tak warwoverseasarphone or headphone tak disediakan. Dia jual dlm flight. Haha... 15 hengget tau.

So kalau korang naik Malindo, sila bawa headphone sendiri. Rugi beli atas flight punya sbb nampak macam very basic.

Kalau korang lupa bawa headphone?

Ikut macam aku, tengok benda yang ada sarimata or yang tak perlu suara. Aku sempat tengok
1. Dokumentari how to make Your dream car.
2. Just for laugh/ gag.. sumthing like that . Yang buat lawak prank.
3. Mr and Mrs player. CHinese movie.
4. Chinese movie yg x smpat habis - berkenaan Da Lisi smthing.

Budak2 sibuk nak tengok TV

Aku personally suka beli tiket Malindo. Sbb charge termasuk baggage etc dah terang2 terpapar. Aku tahu harga yang aku perlu bayar more or less the same.

Kalau air asia byk sgt hidden cajnya. Huhu..

Jd airasia aku rasa beli time promo giler 2 baru murah. Kalau tak, idak la sgt.

Bayangkan haritu balik Jakarta kamj ada 140kg for bagasi. Mmg heaven!

My husband pula suka cara pilot Malindo fly the plane. My husband ear very sensitive. Kalau juruterbang tak pandai landing mmg  sakit telinga 2 to 3 days.

Tapi kami x pernah naik airasia to oversea. Mainly domestic je.

So ni lah tips dari kami yg 1st time naik Malindo :)

Friday, October 3, 2014

Jakarta September 2014

Travelogue day 1: jakarta
Sampai di airport dah ada supir yang jemput. Tak murah sangat tapi sebab 1st time datang, maka tak mahu menyusahkan diri memikir.

Kalau x hire supir banyak je taksi2. Rasanya confirm lebih murah dari amik supir. 








Rate Supir: 900,0000 Rp/day
Kenderaan : Kia Pregio
Nama Supir: Wawan
Contact melalui: https://www.facebook.com/nara.gunawan.5
**nanti aku buat satu entry khas supir**

Lepas itu ke rumah makan sederhana silpi raya. Tanya supir kenapa rumah makan banyak nama serderhana? Rupanya sederhana tu maksudnya tak mahal, harganya terjangkau.
Yelah makan nasi dgn sayur lemak dgn ikan talapia dlm RM6.50 mmm.. air teh free.



Lepas tu check in hotel dulu. Hotel millenium sirih. Menurut publishes rate harga asal rm800+. Booking guna agoda 2 bilik 3 malam RM1800. Ada yg kata mahal . Balik tidur je.. tapi dgn aku yg anak kecil ni penting hotel selesa kalau tak mengamuk diaorg tgh malam.

Lepas tu ke thamrin city. Besar juga tapi tah kenapa masa aku datang banyak kedai esp yg bahagian atas tutup. Taklah lewat sgt masa smpai dlm jam 4 waktu tempatan. Sedihnya sini x dpt beli2 sgt sbb anak2 mood x baik... huhu...









Malam singgah sekejap Grand Indonesia. Makan malam. Mahal rasanya sbb 3 nasi ayam penyet dan 2 air jus RM60. Nasinya sikit ayam sini kecil jadi 3 pinggan. Tapi nasib baik sedap banget. Makan di food hall kedai mmjuice.
Lepas tu bertolak ke MONAS. Monumen Nasional. Banyak jualan kaki lima. 

Travelogue day 2:

Pagi keluar cari breakfast. Susah juga nak jumpa kedai breakfast di sini. Kebetulan nak ke Ancol, kami terus ke Ancol je tanpa breakfast.
Di Ancol ada warumg makan pagi. D Kopiduk. Makan la kat sini.
Makan pisang goreng cheese coklat. Sgt2 sedap.
Makan Es Teler tak berapa sama macam makan di sari ratu.


Dugong, tak mau turun , asik kat permukaan makan rumpai laut...
Kuda laut..




Lps tu masuk seaworld. Tangan dicop supaya boleh keluar masuk hingga pukul 6. Happy sbb ingatkan besar. Masuk dlm sgt mengujakan sbb byk ikan . Tapi rupanya tempatnya kecil je. 7 orang lebih kurang RM150.


Selepas kelaur dari seaworld kami ke ITC mangga dua. Bersebelahan dengan Ancol je.
Di ITC aku rasa barang macam mahal sikit dari Thamrin city tapi pilihan lebih banyak. Kalau siapa nak pergi walaupun ada yg kata tak perlu pergi sbb tanah abang lebih murah, tapi bg yg 1st timw nak pergi aku rasa berbaloi je. Terutama sekali yang tak beli borong. 


Selepas Mangga dua makan di restoran sederhana simpang raya.
Sebelum ni kami dibawa ke restoran sederhana silpi raya( walaupun kami minta bawa ke simpang raya). Kedua2nya sedap. Silpi raya lebih murah. Simpang raya lebih eksklusif. 7 org makan silpi raya RM45. Simpang raya RM78.


Seterusnya kami ke Pasar Majestic / Mayertic. Pasar ni banyak jual textile. Ada kedai biasa, ada kedai ala2 jakel. Boleh juga tempah sut yang siap dl 2-3 hari.
Sebab aku tak biasa beli fabrik, aku kurang mahir mana yang ok dan harganya. End up aku tak beli apa2 di sini.


Selepas itu, kami lanjut terus ke Blok M. Blok M ni sbb buka hingga lewat malam, sebab tu kami ke sini. Ok juga barang di sini. Depan Blok M ni ada M hotel. Selepas Blok M semua kepenatan, kami balik rehat.


Travelogue day 3: Tanah Abang..
Shopping paradise, as people said. First nak cerita kos pengangkutan ke sini. Dari hotel millenium sirih hanya kena RM2.10. Dari tanah abang ke hotel millenium hanya RM3.30. Bila peak hour time balik kata sekurity teksi blue bird tak mahu masuk sbb macet ( mmg kami tak nampak teksi blue bird). Teksi lain nak caj RM30 ke RM45. Huuuu... macam gila je harga. Rasanya mmg dia tunggu pelancong je tu utk 'sembelih'.
Lps tu kami turun ambil bajai. Bajai sejenis angkutan kota yang mmg sy dah tahu ratenya taklah murah setaraf beca gitu di Malaysia. Tapi rasa mungkin rate kami dpt pun mahal. RM15 whooaa... semua gara2 peak hour.


Mula2 kami diturunkan di bahagian bangunan lama. Sesat2 juga la. Kebanyakan floor di bangunan lama jual barang dari china. Baju2 etc.
Ada juga yang buatan local indonesia iaitu blouse muslimah.
Ada jambatan yang sambungkan ke blok baru. Di blok baru lebih luas dan selesa. Di blok baru kami masuk ke kedai telekung yang pertama. Rasa mahal tapi sbb ada satu telekung tu aku suka terpaksa pejam mata beli je.. huhu.


Always org nasihat jika dah berkenan beli je sbb nanti x jumpa barang yg sama bila dah berjalan.TAPI.... kalau telekung aku rasa boleh jalan juga. Sbb dia berkumpul di block sama di bangunan baru. Just ambil pic kedai yang korang berhajat nak kembali..
Aku pun beli telekung travel. Tapi yang aku beli mahal sebab material dia lebih bagus. Aku tak jumpa material ni di malaysia so far ( tapi aku pun maybe tak de survey beli telekung di Malaysia).


Lepas tu ke floor yang jual bag. Sbb mmg hajat di hati beli bag tangan longchamp macam adikku dah beli. Dapat bag yang berkenan dihati


Kami sampai tanah abang jam 7 pagi balik jam 3.30 petang.


Makan jam 10am di food court lantai 6 blok lama ada papabun yg macam rotiboy. Sedap. Harga aku rasa mahal sikit dari rotiboy.


Makan tgh hari di lantai 6 blok baru (mini food court) harga tak murah pun nasi putih dgn sayur sawi mix sedikit seafood rm10. Maybe sebab tempat ni agaknya.


Malam kami ambil shuttle dari hotel ke Grand Indonesia. Yang ni kena buat satu entry lain



********************************************************************************

Pernah dengar pad wanita basuh semula, staydry, mudah urus, bebas kimia?




Untuk dapat pad FREE, contest berlangsung di SINI - masih sempat anda beli 2-3pcs, cuba try and masuk contest untuk dpt up to 20pcs pad free.

Thursday, October 2, 2014

Daging Masak Kicap : Tefal Actifry


Close up masakan aku, sampai dah tak kenal apa jenis masakan ni... haha...
Aku buat daging masak kicap guna actifry
Best sbb boleh masak lauk juga

Kelebihan actify ni dia masak di dalam dan diluar sekata, kira tak risau luar hangit dalam mentah.

Aku buat macam atas dapur jugak, panas minyak dulu , ( sikit je la tapi)
Tumis bawang
Then masuk daging dan air serta kicap terus, pastu biar dia putar sendiri sampai masak

Senang baa... hehe

So cer korang cuba masak lauk lain guna actifry, pastu bgtau aku jadi ke tak ya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Album jualan amal : 10% disumbangkan kepada Gaza dan badan2 kebajikan: SINI