Wednesday, September 10, 2014

Ya Wadud

Petikan:

Sambil menyeka air matanya yang menitis tanpa sengaja, tangan Hanna laju mengambil periuk nasi elektrik. Dicedoknya 2 cawan beras, lalu mencucinya. Seperti biasa beras dicuci dengan tiga kali basuhan dan diakhiri dengan selawat keatas Nabi. Itu petua daripada ibunya yang masih kekal diamalkan sehingga hari ini.
Mulutnya laju dengan zikir 'Ya Wadud', zikir yang diyakini mampu menyatukan ahli keluarganya.
-page 46.


47. Al WadudThe Loving/ The Kind One
Maha Pencinta / Yang Maha Penyayang / Maha Menyayangi / Maha Mencintai orang-orang yang beriman – Ia menyayangi mereka yang berbuat baik dan akan menganugerahkan belas kasihan-Nya kelak, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.
 .
Fadhilat Al Wadud (copy dari http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/12/01/fadhilat-asmaul-husna-al-wadud/)- tiada sumber rujukan yang dinyatakan.
  • Bagi menghentikan segala persengketaan dan menjalinkan kasih sayang antara suami isteri, bacalah ‘Ya Waduud’ 1,000 X lalu ditiup kepada makanan dan dibawa makan bersama, InsyaAllah akan berhasil.
.
  • Amalkan zikir ‘Ya Waduud’ sebanyak 11,000 X pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baikdikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang.
.
  • Andainya dua orang bergaduh, sementara seorang daripadanya menyebut ‘Ya Waduud’1,000 kali di atas makanan yang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu, InsyaAllah pertikaian antara mereka akan selesai.
.
  • Apabila ‘Ya Waduud’ dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali, InsyaAllah ia akandisayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada di dalam keadaan tenteram danharmoni.
.
Baju Menyusu Murah di : SINI

No comments:

Post a Comment

Support Qissara by Leaving Good Comments