Tuesday, August 26, 2014

Saya Tunggu Awak

Pic ihsan google..

Novel ni dah lama juga di pasaran , hari tu pergi kedai buku, terserempak novel ni

Baca sinopsis ..menarik.

 “Abang asyik fikir tentang kegagalan abang sebagai suami. Abang tahu abang tak layak untuk bercakap soal maruah sebab selama ni memang dah lama abang hilang maruah abang apabila gagal beri nafkah pada isteri dan anak-anak.” -Farhan- 

“Okey, saya tahu awak isteri Farhan, dan tak betul jika saya luahkan isi hati saya pada awak. Tapi saya serius apabila saya kata saya betul-betul jatuh cinta pada awak, Hanna. Inilah kali pertama saya merasai perasaan yang indah sangat macam ni dan saya tak boleh nak kawal diri daripada meluahkannya." -Rafiq Aqlan- 

“Listen to me, Rafiq! I’m married, okay? Kalau pun awak betul-betul sukakan saya, dan saya pun betul-betul sukakan awak, kemudian apa? Awak nak kita bercinta? Awak nak suruh saya bercerai dengan suami saya? Atau awak nak saya diam-diam curang terhadap dia? Tell me, Rafiq! Apa yang awak harap sebenarnya?” -Ustazah Hanna Mardhiah- 

Novel ni sebenarnya sarat dengan pengajaran dan iktibar, novel tarbiah yang sangat bagus.

Nanti saya akan catatkan setiap tarbiah dlm novel ni dalam blog ni under label : Novel: Saya Tunggu Awak.


InsyaAllah


P/S : BELAJAR PERKARA PENTING WANITA DI SINI


No comments:

Post a Comment

Support Qissara by Leaving Good Comments