Tuesday, June 17, 2014

Cooking pasta with Tefal Actifry

Dah macam jadi chef berbayar actifry pulak.. hehe..
Actifry ni mmg best. Jadi aku dah berazam nak explore semua benda yang boleh buat dengan actifry ni. Supaya walaupun mama sibuk anak2 tetap dapat makan makanan yang best.
Actifry aku beli bersebab. Sebab nak pastikan anak2 dapat makanan sewajarnya *mood mau masak tapi dah tak de maid. Hahaha...

Ok. Kali ni aku masak pasta guna actifry.
Tadda......


Best?
Nampak menyelerakan?
Jom belajar resepi.

Aku guna pasta spiral. Pasta ni rebus dulu atas api dgn sikit minyak. Kalau korang ibu busy korang boleh rebus dan simpan dalam peti. Bila nak pakai dah ready je.

Rencahnya aku guna daging dan sotong.

Minyak aku letak 3/4 sudu tefal tu.
Lepas tu aku masukkan daging dulu sbb daging paling lambat nak masak.

Lps dlm 10 minit aku masukkan paste tomato yang diblend dengan cili dan bawang serta sos cili. Aku juga masukkan sotong.

##tips: masuk kuah banyak sikit x pe sbb actifry ni jenis mengeringkan makanan.

Lps rencah dah masak, aku masukkan pasta, tomato diced, cili merah hiris .Tapi korang kena kacau manually bg rata dulu (sebab aku masak penuh peruk actifry ni, kalau masak sikit x pe kot). Kalau x kacau dulu kuahnya tak rata, then baru continue on actifry hingga agak kering. 

Total jam memasak dalam setengah jam dari mula sampai habis

Tapi yang bestnya boleh tinggal2,

Dan tak panas dapur macam masak di dapur.

Juga pastinya less oil needed.
Last skali aku masuk salad hiris ( sbb tu je sayur yg ada kat rumah..haha) dlm 30sec then aku angkat.









No comments:

Post a Comment

Support Qissara by Leaving Good Comments