Wednesday, February 12, 2014

Lampin kain.. seriously??

Mak kita dulu pakaikan kita lampin kain most of the time, pampers pergi jalan je, sbb pampers mahal.
Sekarang banyak jenama disposable diapers ni, tak kurang juga yang murah.
Tak de masalah langsung nak pakaikan disposable diapers.

Tapi kenapa aku pakaikan anak aku lampin kain?

Qistina dilahirkan 2009. Dengan kehadiran anak sulung, ditambah saya dan husband dua2 bekerja, memang tak ada masalah kewangan untuk sediakan pampers, dan barang keperluan lainnya. Maka, kami tak pernah fikir apakah itu lampin kain. Lampin kain seolah2 zaman dulu2 yang tak akan wujud lagi zaman sekarang.

Tapi semakin qistina membesar, kami perasan yang dia alah bila pakai pampers. Bahagian bawahnya sentiasa merah dan melecet. Macam2 macam kami ubat kami beli, dan pelbagai jenama pampers kami tukar, kadang okay sikit, kadang teruk sampai pee pun nangis.. letak krim ke, ubat ke, bedak ke..semua tak jalan sangat. Sampai kami learn to live with it.. bila org tanya kenapa merah? kami kata allergicnya mmg susah nak baik... masa tu kekadang rasa hopeless, ye lah, sbb maknya doktor tapi rawat anak sendiri tak boleh.

Sampai la bila preggy pd sarah, tak nak perkara sama berulang.. so saja buka internet search jenis lampin paling bagus, terjumpa pula lampin kain moden a.k.a cloth diapers. Aku order online cloth diapers dari oversea, masa tu macam tak ramai seller Malaysia yang jual.
Masa aku survey2 tu, aku notice ada few material digunakan buat cloth diapers, tapi aku survey yang ekonomi je, sbb yg premium masa tu mmg mahal giler.. and aku buat keputusan beli cloth diapers yang menggunakan material bamboo charcoal. Masa tu antara kelebihan bamboo charcoal yang membuatkan aku tertarik adalah 'hypo allergic'




Disebabkan mahal, aku tak beli banyak, sebab aku tak bercadang pun nak pakai dalam pantang ( Tapi bila aku dah lama belajar mengenai CD ni, baru aku tahu tak susah pun nak pakai dalam pantang, nanti aku buat entry khas ya)

Ni pic back then in 2011, when Sarah first using cloth diapers, masa tu mmg aku dah start fully CD, mmg best sebab selain x de merah2, jimat pun ya juga, sbb biasa lah, baby jenis berak cair dan kerap :)



Dalam pantang aku still pakaikan disposable diapers, tapi biasalah, baby newborn kan kerap poo, kadang tu tengah tukar pun berak lagi... sakit jugak hati bila 1 pek besar huggies newborn habis tak sampai seminggu..

Nanti aku cerita bila aku start pakaikan cloth diapers, nak ikuti boleh search label #Cloth diapers

No comments:

Post a Comment

Support Qissara by Leaving Good Comments