Thursday, January 30, 2014

Why I decided to go for lasik?

Untuk buat lasik, aku pilih buat dengan Prof Muhaya di Prince Court Medical Centre. Dah lama aku nak buat lasik, dan dah lama aku nak buat lasik dengan Prof Muhaya, dari masa mula2 beliau popularkan lasik, masa tu rasanya aku masih student, atau maybe baru kerja.


Aku dah lama pakai contact lens and cermin mata. Aku akui, habit contact lens aku sangat teruk. Segala cara penggunaan contact lens yang betul aku tahu, tapi… aku masih tak dapat adhere dengan rules yang sepatutnya, selalu pakai extended hours.. sangat2 bahaya.

Yang aku paling takuti adalah corneal ulcer, yang boleh menyebabkan penglihatan kabur berkekalan.. nauzubillah…



Malahan pula aku sendiri doctor mata, bayangkan..mesti nama aku akan diingat dan dijadikan contoh sepanjang zaman..

“doctor mata kena sakit mata lepas tu mata kabur kena berhenti kerja sebab tak pakai contact lens dengan betul seperti yang dia nasihatkan pada pesakit” ..huhu..

Kalau ikut hati aku dah lama buat, masalah cuma masa yang tak mengizinkan. Kalau dari segi kewangan, sekarang ni rasanya lasik ni prosedur mampu buat, harga boleh start serendah RM2K+, kalau di Prince court bersama Prof Muhaya memang agak mahal, almost RM7K, tapi ada installment for credit card user up to 36 month..

Pandual lebih lanjut untuk lasik lihat SINI


So.. aku telah menjejakkan kaki ke Prince Court Medical Centre pertama kalinya pada 21.1.2014.. nanti aku cerita lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment

Support Qissara by Leaving Good Comments