Tuesday, December 30, 2014

Bagaimana nak beli cloth diapers dan berjimat?

Jika anda anak seorang, berapa disposable diapers anda beli setiap  bulan? 2 paket?
Berapa harganya? RM60 untuk 2 paket? Atau lebih?

 

**both pic googled, watermark as stated :)

Anak anda pula allergic, tak boleh pakai sembarangan , nak jenama mahal je..hehe.. lagi mahal lah , kan?

Kalau anda ada 2 anak, yang sulung dah kurang pakai diapers, sebulan 1 paket?
Kiranya minimum 3 paketlah kan, sebulan? 

Apa lagi kalau musim anak cirit..huhu… 1 paket tak samapai seminggu , kot..

Lagipun, kalau diapers yang dah basah dengan najis, activatekan chemical2 dalam diapers, gel2 penyerap etc, dan anak kita 24jam sentiasa expose kepada chemical ini, adakah menyebabkan bahaya? Cancer? Tak tahu… banyak spekulasi begini.

Kerana spekulasi, dan kerana inginkan penjimatan, sebab tu ramai ibu bapa yang cari kaedah yang lebih natural dan jimat.

Washable nappies, sangat natural, kan? Pakai kain macam mama kita dulu-dulu. Tapi kalau pakai lampin kain tradisional, agak kurang praktikal bagi sesetengan ibu bapa, apatah lagi jika orang lain yang jaga baby. Sebab tu, modern washable cloth diapers mula muncul di pasaran.

Washable cloth diapers direka agar penggunaannya seperti menggunakan lampin pakai buang, tapi boleh basuh. Atas kesedaran diatas juga, saya mula bawa masuk cloth diapers sejak bersalinkan 2nd baby saya pada 2011.

Sekarang terdapat pelbagai cloth diapers di pasaran. Tapi kebanyakan yang cantik dan berkualiti tinggi dijual di Negara-negara eropah/ barat. Material bamboo charcoal, bamboo fiber agak susah didapati kecuali dari few seller di sini. Reasonnya kerana material ini kategori premium, lebih mahal and of course lebih banyak kelebihan.

Saya survey2 harga diapers bamboo di amazon, yang ada double leakguard saya jumpa almost 10pound sterling, convertlah berapa, mahal tu..huhu… macam mana nak jimat macam ni.

Ramai juga online seller yang dahulu rancak jual cloth diapers, dah stop. Sebab susah nak maintain harga dalam pasaran Malaysia. Kos yang mahal dan harga jualan yang rendah menyebabkan ramai seller tukar jual benda lain.

Pilihan kami, kami hasilkan jenama sendiri. Smartbaby cloth diapers kami dihasilkan  oleh kami dengan usahasama kilang di China. InsyaAllah .. kami menjaga kualiti agar dapat berikan kepuasan terbaik buat anda.

Harga kami tawarkan antara yang termurah dalam kelas kualiti yang sama. Kami kekalkan penggunaan material bamboo charcoal dalam pembuatan inner kerana kami mahu pastikan pengalaman ibu-ibu dalam bercloth diapers adalah pengalaman indah dan mudah. Tak risau anak naik allergic rash, tak risau anak exposed to chemical, tak risau nak kena keluar duit beli diapers bulan-bulan, tak risau diapers naik kulat kalau lambat basuh ( boleh basuh 2 x seminggu je..)

Kerana kami tawarkan harga murah dengan kualiti yang bagus, kami masih bertahan jual cloth diapers hingga ke hari ini. Kalau online je kami boleh bertahan dengan harga ni, jika kami buka kedai, kami pasti perlu menaikkan harga kerana margin keuntungan rendah tak dapat cover cost kedai, so buat masa ni, kami jual online jer lah :)

Jimat ke pakai cloth diapers?

Jom buat kira-kira, jika sebulan 3 paket diapers lebih kurang RM90?
Cloth diapers beli 5 helai RM140 less 10% jd RM126.
Dinasihatkan ada 10-15 diapers bergantung kepada berapa kerap anda membasuh

Kalau 10 keping RM126 x 2 : RM252
Selepas itu anda hanya perlu keluar kos sabun dan kos air je setiap bulan, diaper ni tahan bertahun, boleh share antara adaik beradik sebab size boleh adjust S till L.

Banding RM90 x 12 bulan: RM1080


ERMM.. APA LAGI, JOM JIMAT LER.. TAK SUSAH.. IBU BEKERJAYA PUN BOLEH.

Tuesday, December 23, 2014

Kereta Underinsured - isu yang anda perlu tahu!

Korang miliki kereta? Berapa nilai kereta yang korang insurankan?

Nak cerita kisah dan pengalaman kami, mungkin ada yang masih belum tahu.

Saya miliki sebuah Myvi, kami insurankan berdasarkan nilai pasaran. Jika anda yang prihatin dengan nilai insuran kereta, anda akan perasan bahawa nilai kereta yang diletakkan oleh pihak insuran lebih tinggi dari nilai sebenar kereta seperti anda jika anda survey di kedai-kedai.

Apa yang kami buat, kami insurankan dengan nilai pasaran sebenar, dimana nilainya lebih rendah berbanding nilai yang diletakkan oleh pihak insuran. Cth: nilai pasaran RM50,000. Nilai diletakkan pihak insuran RM55,000.
Maka kami insurankan RM50,000. Semasa kami pilih untuk insurankan nilai ini, kami bertanya dengan agen apa benefit yang kami akan dapat jika kemalangan, agen menerangkan bahawa nilai dibayar sehingga RM50,000 ( yang ternyata salah penerangannya)

Nak dijadikan cerita, kereta accident dan terpaksa claim insuran. Bila kami nak claim kos pembaikan, kami diberitahu hanya cover dalam 90% shj ( RM50,000 daripada RM55,000 lebih kurang 90%).

Kami memang tak puas hati sebab perkara ini tidak diterangkan oleh agen. Menurut pemahaman kami, tak kira berapa kos yang dikenakan, akan cover sehingga RM50,000!

Kalau ikut actual law, memang kami kena bayar, walaubagaimanapun kerana tidak puas hati kerana tidak diterangkan polisi sepenuhnya, kami berusaha juga untuk dapatkan hak kami, call bos sana sini, email etc.. At last pihak insuran setuju cover full (alhamdulillah)
















Selepas pengalaman ni, baru kami tahu yang ada terms 'underinsured'. Jadi kepada anda yang belum tahu dan mahu kereta dicover 100%, hubungi agen insuran anda semula ya.

*********************

(Nursing Bra QisSara) Comfy + Murah + Berkualiti. Beli 3 less 10%, beli 5 less 15%, Beli Lebih RM99 dapat FREE 1 baju menyusu bernilai RM55.

Pilih design anda di sini ( size available ada update pada keterangan gambar):https://www.facebook.com/media/set/?set=a.760395504033071.1073741828.760213477384607&type=3

PM kami for order di sini:https://www.facebook.com/messages/ummibargainshop

**baju menyusu ada size XS dan S shj, design diberi secara rawak, boleh pilih size shj, diberi hanya UPON REQUEST.


*****************************

Saturday, December 20, 2014

Shopping In Platinum Mall, Bangkok

Blog orang pompuan ni kalau tak cerita pasal shopping memang tak sah kan? hehe... Mai aku cerita pengalaman shopping di Platinum Mall, bangkok, yang memang terkenal sebagai wholesale centre di sini.

Pertamanya, sebelum aku pergi, bila survey2 ada yang kata tak perlu pergi Chatuchak Market tak pe asalkan datang mall, ni, tapi for me rugi wooo.. kalau tak pergi chatujak market, yg tu mmg best.


Platinum Mall ni best juga sebab ada antara barang yang kita tak dapat jumpa di street/ atau susah jumpa di tempat lain ada di sini. Contoh dalam pic bawah ni, bracelet leather. tempat lain ada tapi tak secantik di sini. Ni tingkat yang sama dengan foodcourt- level 6


Level 6 ni juga ada beberapa booth telekomunikasi, yang in -trend sekarang fashion phone macam dalam gambar ni. RM150, aku tak tanya harga or tawar sbb tak de niat nak beli pun.


Kat sini juga aku beli cover HP aku, note 4 RM20 jee.... kat Malaysia masa aku nak beli sblm tu dah la tak de pilihan, mahal berdengung pulak tu.. sini pilih je nak color apa, ahah

Bawah ni kedai accessory, cik dieba adik aku memang rambang mata lah. Cantik tapi bila masa pulak aku nak pakai *_*


Yang best accessory jenis gold satu kedai, accessory jenis silver satu kedai, harga cam pukul rata lebih kurang RM10 each


*******************IKLAN*************************************************

CLOTH DIAPERS SMARTBABY SIDE SNAP

Lampin kain moden, basuh semula, penjimatan jangka panjang, pilihan yang lebih sihat dan alami untuk anak anda, material premium , design yang pastikan anda mudah dan berjaya dalam menggunakan lampin kain, mudah guna , mudah jaga, mudah kering dan sangat value for money.

Among pioneer seller for cloth diapers in Malaysia, and masih bertahan kekal kukuh, we do it wit passion! Visit us : https://www.facebook.com/MalaysianClothDiapers

                        

Side snap flat front, elastic waist at back
Special designed for 9 month to 3 years
Elegant design to have a sleek flat look at the front (not suggest for small/ petite baby. For small/ petite baby please opt for Smartbaby 0-3, pm us for more info) 


Suitable from newborn till 3 years old, side snap cloth diapers
Special pull-up type, can wear like potty train panty later when your child ready for toilet train - child can pull down and go toilet, like wearing normal panty - please use without insert for this purpose)


Ni pula, handmade stuff yang agak unik dari kedai lain, cik dieba grab wallet kat sini,  Kemas buatannya.


Kalau korang sesat cari je board ni :)


Ok, kesimpulannya walaupun barang sini tak semurah Chatujak or street , tapi rata2 barang yang lebih berkualiti at affordable price ada di sini.

Kalau nak cari long sleeve for muslim girl pun lebih mudah di sini :)

Tuesday, December 16, 2014

Halal Food Platinum Mall, Bangkok

Platinum Mall terletak betul2 dihadapan Amari Watergate Hotel, Bangkok. Kalau cadang nak shopping bila datang Bangkok, plus datang dengan anak2 kecil, memang bagus sangat jika dapat duduk hotel area ni. 

Hotel yang saya nampak di sini:
amari Watergate
Novotel on Platinum Mall
Glow Pratunam

Di Platinum Mall, ada beberapa tempat untuk makan makanan Halal.Semuanya di Foodcourt Tingkat 6.  Ni entry ke food court.


Gerai no P5, ada tanda halal. Yang ni makanan Thai. Makanannya harga kebanyakan, bawah RM5. Tapi order sup tomyam dia macam pelik benor.


Ada gerai pulut mangga juga, pulut mangga di sini lebih mahal dari tempat lain, 1 set dalam RM10.
( Di Terminal 21 dalam RM7.50, rasa di pasar maybe lebih murah)


Ni macam crepe, tak tau nama apa, ternampak muslim lady beli di sini, aku tinjau2 ingredient dia macam okay je.. tapi aku tak rasa pun.


Ada lagi 1 gerai indian , belakang skit, Me Balbir kalau tak silap. Mahal juga aku makan dalam RM15 keatas seorang.

Ada lagi satu, KFC, muslim thai cakap halal, aku tanya dengan staff KFC sini, jawabnya"ditanggung 100% halal" tapi aku tak try juga.

Sini guna common utensil. Tips: Ask for take away, atau bawa bekas dan utensil sendiri.


*************************************

Pad kain basuh semula yang moden dan mudah. Keselamatan dan kebersihan terjamin

Sila ke FB https://www.facebook.com/ClothPadPantiliner

Saturday, December 13, 2014

Buying Jersey From Bangkok

Kalau pergi Bangkok, salah satu item yang famous dicari adalah baju jersi bola sepak. Memang banyak sangat jual tepi2 jalan sekitar bangkok. Tapi susah nak jumpa kedai jersi yang bagus di sana, so nak bagi tips sikit dimana nak cari.

Kalau nak cari jersi yang bagus, kedainya di jalan chulalongkorn. Jalan ni ada banyak pecahan/soi/lane. Kami jalan area sekitar chula soi 12.
Kami minta driver taxi bawa dari Amari Watergate. Tapi jika dari MBK boleh jalan kaki sahaja. Kalau nak sebut nama tempat ni, sebut 'chula soi one two'. Kalau sebut 'chula soi twelve' memang diaorang tak faham.

**pic ehsan Mr Google







**kredit this map to blogger as watermark in the pic

LOKASI: Berhampiran National Stadium, boleh jalan kaki dari MBK, berhampiran Tesco lotus.

Makanan halal disekitar: Di Chula 5, kami tak sempat pergi, boleh view entry blogger lain di sini: http://zlynn17.blogspot.com/2012_07_01_archive.html

Di sini ada 1-2 kedai je yang jual jersi versi bagus. Tapi kami taklah jelajah semua kedai.
Mula2 kami menuju ke all time famous Kaka Shop, Chula Soi 10. Ia terletak berhadapan simpang tiga.  Kedai ni famous sbb tu husband sy kesini dahulu.

*********************************
IKLAN ~ PROMO dapat baju FREE!!

KEDAI FB kami, Ummi Bargain Shop menawarkan T-Shirt menyusu secara percuma ( nilai asal RM55), kepada sesiapa yang shopping RM99 keatas di kedai kami.

InsyaAllah kedai kami menawarkan pilihan produk2 ibu dan bayi dengan harga yang sangat berpatutan + diskaun + free gift yang sangat menarik, :)

Jom ke FB  UMMI BARGAIN SHOP 

***********************************
Ni KAKA shop.
Berdepan dengannya betul2 Chula Soi 12 ( signboard dlm pic ni)

Tapi malangnya menurut husband sy, x byk pilihan and not very good quality.

Kami  cross dari Kaka Shop ke Jalan bertentangan. Jumpa dua kedai jual jersi bola yang bagus. Kami pergi ke salah satu kedai yang banyak stock.
Kedai ni tak de nama. Lokasinya berhampiran another simpang tiga, ditengah row kedai.

 Dah nak masuk kedai, tak sabar2...




Signboard tak tau nama apa kedai ni, sebelahnya ada kedai dengan sign board Theme Sport


Pilih Yo!!!! Hahaha...


Hasil Tangkapan ^_^


Friday, December 12, 2014

Amari Watergate Bangkok : Day 1

Bangkok destinasi yang sangat disukai rakan2 chinese saya. Bila saya tanya apa yang mereka suka, mainly eateries.
Kami travel menggunakan Malindo Air, buat masa ni Malindo Air masih tidak mengecewakan. Perkara yang best mengenai Malindo Air, no hidden charge, free refreshment, free luggage, no charge for seating, free entertainment etc.. etc.. dan husband paling particular bab take off and landing. So far mmg ok bab ni.
Travel jam 11 pagi, waktu  Bangkok awal 1 jam dari Malaysia. So kami sampai jam 12 waktu Bangkok. Travel time 2 jam.
Sampai di Airport Don Muang. Kami ke kaunter taxi service. Kira Limo airport. RM70. Kami x jumpa dimana tempat ambil taxi biasa pada mulanya. Jika taxi biasa rasa much cheaper.
Perjalanan about 1 hour ke Amari Watergate Bangkok.

Amari Watergate: 5/5
Hotel best. Cantik. Servis bagus. Semua staff sangat friendly and helpful. Bilik luas, siap ada couch. Kira kalau 2 adult masuk 2 budak memang tak rasa sempit pun. Ada bath tub yang best.
Rate harga sama dengan masa booking Millenium Sireh di Jakarta, tapi hotelnya lagi best.


Tak ambil pula gambar bilik, tapi ni lebih kurang bilik kami, harga lebih kurang RM250+ pernight. 

Lokasi: Tengah2 bangkok, kawasan Pratunam, berhadapan dengan Platinum Wholesale Mall. Kawasan ni sibuk, tak de laluan train jadi kena naik taxi je. Taxi boleh panggil dari Hotel tapi kalau nak balik ke Hotel susah sikit, kena kautim harga , haha...

Walaupun tak de line BTS/ MRT, tapi kebanyakan walking distance, Platinum Mall, Pratunam Market, Palladium, Central World, Big C depan Central World, 7- Eleven yang ada jual makanan halal.  Etc.. Esp bila datang dengan dua orang budak kecil, naik train bukan sesuatu yang sangat convenient.

So dari segi lokasi, aku tetap bagi verdict 5/5 walaupun transport availability 3.5/5

IKLAN ** MAMA BAG** ~ must have, good quality affordable price!
Jom View Album Kami di SINI .
















Makanan halal.
Juga mudah didapati di keliling Amari Watergate Hotel
Di Paltinum Mall ada 2 foodstall, and katanya KFCnya dijamin halal, tapi aku x berani try..
Jalan sikit area depan Prantip Mall ada kedai Siam Ceylon, juga Halal
Berdekatan ada hotel Glow Pratunam, juga ada Restoran Halal.. (tp aku x try)
Boleh jalan kaki about 1km, ada Restoran Farida Fatoni, halal juga
So, mudah nak dapat makanan Halal berdekatan Hotel ni.

Ok, nanti aku cerita lagi trip aku ya :) 

Wednesday, December 10, 2014

Simple Healthy Breakfast ~ Actifry


Very simple, toss in broccoli with spoons of butter
Use salted butter, taste will be nice
Can add other veggie also if you like, sweet peas, carrot, baby corn, cauliflower etc

After that, also actifry your french fries..
Nak add pepper also can
Capsicum also will be nice

Add je apa yd ada dl peti ais :)

Kalau rasa tak lengkap x de meat, can toss in some sausages.

Nice for breakfast.


On that particular day, we have some leftover blackpepper jejari ayam, best juga masukkan dalam actifry sbb masak sekata :)
***********************************************************************

We will be launching new batch of our Milk Silk skirt. InsyaAllah to cater muslimah yang nak pakai long skirt yang tak jarang, tak ikut bentuk badan, mudah urus, mudah gosok , x mudah kedut, material eksklusif... :) Like our page on FB for more updates: https://www.facebook.com/ummibargainshop

Tuesday, November 4, 2014

Formula 7,7,7 Mendidik Anak

Panduan mendidik anak dari novel tarbiah ni, pada yg belum pernah baca boleh beli and baca, bagus ni. :)





Friday, October 31, 2014

Memilih Bra Menyusu (Khas buat bakal ibu / ibu2)

Jom buka discussion regarding nursing bra. Macam mana nak pilih nursing bra? banyak di pasaran, macam2 jenis, macam2 harga.

Dulu masa first preggy, tak kenal lagi ( atau mungkin tak de lagi) pembelian secara online. Masa tu pun baru kerja, dengan nak sambut anak sulung, kewangan tu tak berapa nak stable.

Masa tu tak tahu nak beli kat mana kecuali supermarket, masa tu jenama terkenal je ada, cth Triumph ke etc, aku beli Triumph sbb yg tu paling murah.. tapi still mahalnya ya ampunnn!!!!

Beli yg simple tak de padding pun masa tu rasanya RM80++, aku beli 2 helai je kot sbb rasa macam mahal sgt. 2 helai dah RM160 kau..

Tak lama lps tu ada la aku jumpa yg murah, tak tau kat mana, tapi material dia tak selesa sgt. tapi beli je la sbb murah.

Apa itu nursing bra?
Nursing bra dibuat khas untuk ibu-ibu yang menyusui bayi. 
Ia berlainan sedikit dari bra-bra biasa yang terdapat di pasaran di mana terdapat klip bukaan di bahagian nipple. 
Klip bukaan juga mudah untuk dibuka dan dipasang kembali dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Ini akan memberi lebih keselesaan kepada anda apabila menyusui bayi di tempat awam.
Mengapa kebanyakan nursing bra yang terdapat di pasaran non-wired bra?
Dikatakan, Ibu-ibu menyusu tidak digalakkan untuk memakai wired bra. Ini adalah kerana jika wired bra ketat ianya boleh menyekat pengeluaran susu yang akan membawa kepada breast menjadi bengkak. Walaubagaimanapun ini tidak benar mengikut kajian saintifik:
READ HERE
Memakai nursing bra yang ada underwired, boleh?
Kesimpulan tidak elok memakai bra menyusu yang terlalu ketat dan menyekat saluran susu, perkara yang sama boleh berlaku dengan bra berdawai atau tanpa dawai yang dipakai ketat. Bra berdawai menjadi pilihan bagi mereka yang sudah biasa pakai bra berdawai dan dapat memberikan support dari segi bentuk breast dari bawah dan tepi. Syaratnya, sama ada berdawai atau tidak, PILIH SIZE YANG SESUAI.

Jika memakai bra tanpa dawai yang longgar sehingga naik ke breast dan menekan breast juga tidak elok banding memakai yang berdawai yang dengan adanya dawai memastikan bra terletak bawah breast-line dan bukannya di atas breast.
Bila masa yang sesuai untuk membeli nursing bra?
Bagi anda yang sedang mengandung bolehlah mula membeli nursing bra pada usia kandungan berada di trimester ketiga. Kebiasaannya pada masa ini, saiz bra sudah boleh ditentukan. Biasanya semasa mengandung, saiz bra akan naik 1-2band dan cup size. Bagi nursing bra ada juga yang disediakan dengan free extender seperti di SINI
Berapa helai nak beli?

Perlu diingat jika menyusu bra mudah dicemari oleh susu, yang jika dibiarkan lama akan mengeluarkan bau yang kurang enak. Penting agar bra menyusu material selesa seperti cotton, microfiber, etc, mudah serap peluh, mudah kering. Sekurangnya2 sediakan 6- 12 helai mengikut kemampuan dan sediakan breatpad juga ( disposable or washable)



Kelebihan kebanyakan nursing bra Qis-Sara banding Autumnz Zoe kerana tali dibahu yang lebar dan dibuat dari fabric yang lembut dan selesa. Lightly padded dapat mengelakkan nipple terlalu ketara kelihatan jika tidak memakai nursing breastpad.

PengenalanQissara - Kara baru, design seperti sport bra, hanya perlu selakkan untuk menyusu. Sangat comfortable.







Kebanyakan bra yang kami bawakan mesti ada space lagi jika nak letakkan breastpad, ini penting bagi mengelakkan spill up milk di pakaian.

Memandangkan sekarang nursing bra boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan di kedai2 online, diharap2 ibu2 boleh menyusu bayi dengan lebih selesa banding betapa mahalnya dan seksanya nak cari nursing bra time saya dulu.. huhu

OK, TQ for reading, Adiosss!!!

Saturday, October 25, 2014

Cloth Diapers ..MINI ^_^

Baru- baru ni Malaysian Cloth Diapers Shop ada lancarkan lampin kain moden jenis baru tau ^_^

Cloth diapers Smartbaby MINI!

Apa yang menyebabkan kami sediakan cloth diapers ni dalam shop kami?

Cloth diapers standard size yang banyak dijual di pasaran boleh laras 3 size, S hingga L, biasanya.

Memang cloth diapers seperti ini boleh dipakai bermula anak baru lahir, purata berat bayi yang baru lahir adalah 2.5kg hingga 3.5kg. Cloth diapers standard size biasanya disyorkan pakai bagi bayi 3kg keatas.
Bagi ibu bapa yang tergolong ketinggian dan berat badan sederhana dan kecil ( biasa bagi rakyat Malaysia), bayi yang dilahirkan ibu2 biasanya 2.5kg hingga 3kg. Tak ada masalah bagi anak2 ini nak menggunakan cloth diapers size standard, akan berfungsi seperti biasa, cuma rupa tak berapa 'cun'. Contohnya:

Diapers nampak besar bagi bayi. Tak de masalah jika ibu bapa tak kisah dari segi rupa, insyaAllah dari segi fungsi bayi selesa asalkan tidak meletakkan insert tebal.


 Dan bila melaraskan size standard cloth diapers kepada size terkecil, banyak lebihan kain, menampakkan rupa yang agak kurang cantik..

( biasanya bayi yang bawah 3kg jadi macam ni)

Bagi yang betul2 ingin menjimatkan wang menggunakan cloth diapers, boleh bertahan dengan rupa cloth diapers yang agak kurang cantik dalam 2-3 bulan pertama, sebab selepas tu bayi akan membesar dan diapers fit nicely.

Tapi...

Bagi yang nak memberikan sesuatu yang ISTIMEWA untuk bayi baru lahir anda, dan nak cuba sedaya upaya untuk berjaya penggunaan cloth diapers 1st time, dapatkan diapers newborn seperti ini:


Smartbaby Mini look like this
-pic ehsan google

Not many size to adjust
Trimly fit your petite babies
 Another newborn diapers, no, smartbaby mini not like this, but this one nice
Kebayakan pic ehsan Mr Google, dan banyak gambar baby bukan orang asia, omputeh, sbb tak banyak cloth diapers mini di Malaysia yang dijual dengan harga mampu milik, kebanyakan premium item. So now kami dah bawa harga mapu milik, boleh la ibu2 yang tengah preggy consider pakai cloth diapers tau!

Lagi satu, dah la kami bawa yang mampu milik, kami bawa jenis All In One, maksudnya insert dijahit terus ke cloth diapers, supaya ibu2 yang baru nak belajar dan dalam pantang rasa mudah sangat, macam pakai disposable diapers yg biasa.

Kalau pakai yang AIO ni masalah lambat kering banding guna pocket diapers, tapi masalah tu tak ketara pada Smartbaby Mini kerana , for newborn diapers kami tidak menggunakan lapisan yang tebal, dan kami guna fabrik bamboo charcoal ( ni yang paling penting nih) yang cepat kering.

Smartbaby mini seperti biasa mengekalkan ciri ISTIMEWA jenama Smartbaby , dimana ada double gusset. Susah tau nak cari diapers affordable menggunakan material bamboo charcoal dan ada double gusset. (Rasanya tak de kot sbb ni kami buat sendiri, pemilihan fabrik sendiri berdasarkan pengalaman kami ^_^)

So... thoose yang terpikir2 nak cuba tu GO FOR MINI!!!

Harga sangat affordable, RM19.90, beli 5 less 10% -- ape kes? murah bebeno kalau nak compare dgn kualiti and benefit yg korang dapat :)



Tuesday, October 7, 2014

Malindo Air : Tips

Kami naik Malindo Air pergi Jakarta. Macam yang diadomestic , tempat kaki lebih luas banding air asia.
Kelebihan kat sini sbb aku bawa budak2 kecil yang aktif yg suka jalan2 dlm flight. Kalau sempit macam air asia diaorg mudah rimas dan mengamuk. So luas sikit kira okay la.

Malindo Air selalu promo entertaiment dlm flight tu. Tapi dia tak warwoverseasarphone or headphone tak disediakan. Dia jual dlm flight. Haha... 15 hengget tau.

So kalau korang naik Malindo, sila bawa headphone sendiri. Rugi beli atas flight punya sbb nampak macam very basic.

Kalau korang lupa bawa headphone?

Ikut macam aku, tengok benda yang ada sarimata or yang tak perlu suara. Aku sempat tengok
1. Dokumentari how to make Your dream car.
2. Just for laugh/ gag.. sumthing like that . Yang buat lawak prank.
3. Mr and Mrs player. CHinese movie.
4. Chinese movie yg x smpat habis - berkenaan Da Lisi smthing.

Budak2 sibuk nak tengok TV

Aku personally suka beli tiket Malindo. Sbb charge termasuk baggage etc dah terang2 terpapar. Aku tahu harga yang aku perlu bayar more or less the same.

Kalau air asia byk sgt hidden cajnya. Huhu..

Jd airasia aku rasa beli time promo giler 2 baru murah. Kalau tak, idak la sgt.

Bayangkan haritu balik Jakarta kamj ada 140kg for bagasi. Mmg heaven!

My husband pula suka cara pilot Malindo fly the plane. My husband ear very sensitive. Kalau juruterbang tak pandai landing mmg  sakit telinga 2 to 3 days.

Tapi kami x pernah naik airasia to oversea. Mainly domestic je.

So ni lah tips dari kami yg 1st time naik Malindo :)